Seksyen 70
of Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984
ActIn forceProvision 64 of 121
Seksyen 70
(1)
Jika Mahkamah berpuas hati bahawa terdapat alasan-alasan untuk membayar nafkah, Mahkamah boleh membuat suatu perintah terhadap suami bagi membayar nafkah sementara yang akan berkuatkuasa dengan serta-merta dan terus berkuatkuasa sehingga perintah Mahkamah dibuat atas permohonan untuk nafkah.,
(2)
Suami boleh melaraskan nafkah sementara yang dibayar dengan amaun yang diperintah supaya dibayar untuk nafkah di bawah perintah Mahkamah, dengan syarat bahawa amaun yang diterima oleh ‘steri, setelah ditolak apa-apa potongan, adalah cukup untuk keperluan asasnya.