Labuan Financial Services Authority Act 1996 · Updated to 1 Dec 2011 · Bahagian II · Lembaga
Labuan Financial Services Authority Act 1996 · Updated to 1 Dec 2011 · Bahagian II · Lembaga
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Ketua Pengarah atau mana-mana orang yang diberi kuasa oleh Lembaga hendaklah, bagi maksud mentadbir, menguatkuasakan, menjalankan dan memberi kuat kuasa peruntukan Akta ini atau undang-undang yang dinyatakan dalam Jadual, mempunyai kuasa—
untuk meminta, menyiasat dan memeriksa; atau
untuk membuat salinan atau mengambil cabutan daripada, apa-apa rekod, laporan atau dokumen daripada mana-mana institusi kewangan Labuan atau mana-mana perbadanan yang berkaitan dengan mana-mana institusi kewangan Labuan.
Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan 37
Mana-mana institusi kewangan Labuan yang tidak mematuhi seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Bahagian III