Labuan Financial Services Authority Act 1996 · Updated to 1 Dec 2011 · Bahagian II · Lembaga
28D. Pelantikan pegawai penyiasat, kuasa, fungsi dan kewajipan
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Bagi maksud menjalankan penyiasatan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini atau di bawah undang-undang yang dinyatakan dalam
Jadual, Lembaga boleh melantik, melalui surat cara bertulis, mana-mana pegawai atau pekerja Lembaga atau mana-mana orang lain yang sesuai untuk menjadi pegawai penyiasat.
Tertakluk kepada subseksyen (3), seseorang pegawai penyiasat yang dilantik di bawah subseksyen (1) hendaklah mempunyai semua kuasa, fungsi dan kewajipan yang diberikan kepada seseorang pegawai penyiasat di bawah Akta ini atau undang-undang yang dinyatakan dalam Jadual, dan jika pegawai penyiasat itu bukan pegawai atau pekerja Lembaga, dia hendaklah, berhubung dengan kuasa, fungsi dan kewajipan itu—
tertakluk kepada; dan
menikmati apa-apa hak, keistimewaan, perlindungan, kekebalan dan jaminan tanggung rugi seperti yang ditetapkan dalam, peruntukan Akta ini atau undang-undang bertulis lain yang terpakai bagi seseorang pegawai atau pekerja Lembaga.
Seseorang pegawai penyiasat hendaklah tertakluk kepada arahan dan kawalan Lembaga, atau mana-mana pegawai lain
Lembaga yang diberi kuasa oleh Lembaga untuk bertindak bagi pihak
Lembaga, dan mana-mana pegawai atau pegawai penyiasat lain yang lebih tinggi pangkatnya daripada dia, dan hendaklah menjalankan kuasanya, melaksanakan fungsinya dan menunaikan kewajipannya yang disebut dalam subseksyen (2) dengan mematuhi mana-mana perintah, arahan, syarat, batasan atau had yang dinyatakan oleh
Lembaga, atau pegawai Lembaga yang diberi kuasa untuk bertindak bagi pihak Lembaga, atau seorang pegawai penyiasat yang lebih tinggi pangkatnya daripada dia, secara lisan atau bertulis, sama ada secara am, atau dalam hal atau keadaan yang tertentu.
38 Undang-Undang Malaysia AKTA 545
Ketua Pengarah hendaklah mempunyai semua kuasa, fungsi dan kewajipan pegawai penyiasat.
(Dipotong oleh Akta A1365).
(Dipotong oleh Akta A1365).
Bahagian III