Skip to content
In forceUpdated to 23 Apr 2025Read it in English

Bahagian VII · Benefisiari

63. Hak benefisiari bagi kerahsiaan

Feedback & support
(1)

Apabila menzahirkan apa-apa maklumat atau dokumen kepada mana-mana benefisiari, anggota majlis, orang yang menyelia atau pegawai yayasan Labuan itu hendaklah—

(a)

jika benefisiari yang lain meminta supaya dipelihara kerahsiaan; atau

(b)

jika anggota majlis, orang yang menyelia atau pegawai itu mengikut budi bicara mutlak mereka memutuskan bahawa kerahsiaan merupakan yang terbaik bagi kepentingan benefisiari yang lain itu, mengambil segala langkah yang munasabah untuk memelihara hak kerahsiaan benefisiari yang lain itu dengan memberi benefisiari itu sahaja dokumen atau maklumat yang membolehkan hak dan kepentingan atau faedah benefisiari itu di bawah yayasan Labuan itu ditentukan.

(2)

Maklumat dan dokumen itu boleh termasuk salinan atau cabutan dokumen konstituen atau dokumen lain yang diperakukan dan salinan nasihat atau pernyataan yang daripadanya nama dan kepentingan benefisiari yang lain itu telah disunting atau dipotong untuk memelihara kerahsiaan yang merupakan hak benefisiari yang lain itu.

Yayasan Labuan 63

Report

Bahagian VIII

Pembubaran

Bahagian IX

Peruntukan Am

Schedules