Akta Yayasan Labuan 2010 · Updated to 23 Apr 2025 · Bahagian VII · Benefisiari
62. Hak benefisiari bagi maklumat berkaitan dengan kepentingannya
Feedback & supportSeseorang benefisiari yang mempunyai kepentingan yang terletak hak dalam harta sesuatu yayasan Labuan adalah mempunyai hak untuk meminta daripada anggota majlis, orang yang menyelia atau pegawai yayasan Labuan itu maklumat dan dokumen berkaitan dengan kepentingannya dan secara khusus berhak—
untuk menerima, atas permintaan, maklumat daripada yayasan Labuan itu berkenaan dengan pencapaian maksud dan matlamat yayasan itu;
atas permintaan, untuk memeriksa dan diberikan sesalinan—
piagam yayasan Labuan itu dan apa-apa pindaan yang dibuat kepada piagam itu;
artikel yayasan Labuan itu dan apa-apa pindaan yang dibuat kepada artikel itu;
mana-mana laporan audit, termasuk mana-mana laporan audit khas, buku akaun, laporan mengenai kedudukan kewangan yayasan Labuan itu dan akaun tahunannya.
Permintaan untuk menerima maklumat atau memeriksa dokumen yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah dibuat secara bertulis.
Maklumat dan dokumen yang disebut dalam subseksyen (1)
termasuklah —
62 Undang-Undang Malaysia AKTA 706
semua dokumen yang berhubungan dengan kepentingan yang terletak hak pada benefisiari yang dalamnya terma yayasan Labuan itu atau apa-apa penjalanan kuasa atau budi bicara boleh didapati; dan
semua pernyataan kewangan yayasan
Labuan itu sebagaimana yang ia berhubungan dengan kepentingan benefisiari itu.