Akta Yayasan Labuan 2010 · Updated to 23 Apr 2025 · Bahagian V · Majlis, Pegawai dan Setiausaha
25. Pelantikan majlis
Feedback & supportPiagam sesuatu yayasan Labuan boleh mengadakan peruntukan bagi pelantikan suatu majlis yang hendaklah terdiri daripada seorang anggota atau lebih yang mungkin orang biasa atau pertubuhan perbadanan.
Sebelum pendaftaran yayasan Labuan, anggota majlis boleh dilantik oleh pengasas.
Apabila yayasan Labuan didaftarkan, anggota majlis boleh dilantik oleh pengasas atau mana-mana orang lain yang diberi kuasa oleh pengasas dalam piagam atau artikel yayasan Labuan.
Seorang pengasas atau benefisiari yang bukan seorang pegawai yayasan Labuan boleh dilantik sebagai anggota majlis.
Pelantikan seseorang anggota majlis sesuatu yayasan Labuan tidak akan berkuat kuasa melainkan jika dia menyerahkan kepada pengasas atau orang yang melantiknya, mengikut mana-mana yang berkenaan, persetujuannya secara bertulis bagi pelantikan itu.