Akta Yayasan Labuan 2010 · Updated to 23 Apr 2025 · Bahagian VII · Benefisiari
64. Mahkamah boleh memerintahkan maklumat diberikan kepada benefisiari
Feedback & supportSekiranya sesuatu yayasan Labuan tidak memenuhi permintaan untuk mendapatkan maklumat di bawah seksyen 62 atau tidak menyediakan dokumen boleh untuk pemeriksaan mengikut seksyen 62 dan 63 dalam masa yang munasabah, Mahkamah boleh, atas permohonan benefisiari itu, memerintahkan—
supaya diberikan maklumat yang diminta itu; dan
pemeriksaan dokumen itu, jika wajar, oleh orang yang mempunyai kelayakan profesional untuk menilai maklumat yang terkandung dalam dokumen itu dan melaporkan kepada benefisiari yang membuat permohonan itu kepada
Mahkamah.
Mana-mana anggota majlis, orang yang menyelia atau pegawai sesuatu yayasan Labuan yang tidak mengambil segala langkah yang munasabah untuk memastikan pematuhan oleh yayasan Labuan itu akan kehendak seksyen ini, atau dengan perbuatan sengajanya menyebabkan ketidakpatuhan, juga dengan sendirinya bertanggungjawab terhadap ketidakpatuhan tersebut dan hendaklah dikomitkan kepada apa-apa perintah sebagaimana yang difikirkan patut oleh Mahkamah.