Skip to content
In forceUpdated to 23 Apr 2025Read it in English

Bahagian VIII · Pembubaran

67. Pembubaran

Feedback & support
(1)

Sesuatu yayasan Labuan hendaklah terbubar apabila berlaku hal-hal yang berikut dan apabila pegawai meluluskan suatu ketetapan yang memberi kesan demikian:

(a)

yayasan Labuan itu ditubuhkan bagi jangka masa tertentu dan jangka masa itu telah habis tempoh;

(b)

maksud yayasan Labuan itu telah dicapai atau sudah tidak berupaya untuk dicapai; atau

Yayasan Labuan 65

(c)

mana-mana peruntukan piagam yayasan Labuan itu menghendaki sedemikian.

(2)

Jika dicadangkan supaya dibubarkan sesuatu yayasan Labuan menurut peruntukan subseksyen (1), pegawai, atau mana-mana orang lain yang diberi kuasa oleh piagam yayasan Labuan itu untuk menyelia pembubaran yayasan Labuan itu hendaklah membuat perisytiharan yang bermaksud bahawa mereka telah menjalankan siasatan mengenai hal ehwal yayasan Labuan itu dan berpendapat bahawa yayasan

Labuan itu akan dapat membayar sepenuhnya hutangnya apabila dibubarkan.

(3)

Suatu perisytiharan yang dibuat sedemikian di bawah subseksyen (2) tidak mempunyai kesan melainkan jika ia dibuat dalam tempoh tiga puluh hari sebaik sebelum diluluskan ketetapan di bawah subseksyen (1).

(4)

Pegawai hendaklah menyebabkan supaya diserahkan kepada

Lembaga perisytiharan yang dibuat menurut subseksyen (2) berserta dengan suatu salinan ketetapan yang dibuat menurut subseksyen (1)

dalam tempoh tiga puluh hari dari kelulusan ketetapan itu.

(5)

Melainkan jika Mahkamah mengarahkan selainnya di bawah subseksyen 68(2), pegawai hendaklah melakukan segala benda yang perlu bagi penggulungan teratur hal ehwal yayasan Labuan itu, dan hendaklah mengumpul harta yayasan Labuan itu, dan selepas menunaikan atau membuat peruntukan yang secukupnya bagi penunaian obligasi yayasan Labuan itu, hendaklah membahagikan harta yang tinggal mengikut cara yang diperuntukkan dalam seksyen 69.

Report

Bahagian IX

Peruntukan Am

Schedules