Act of Parliament · Updated to 23 Apr 2025 · 9 parts
Akta Yayasan Labuan 2010
Feedback & supportSetting up, regulating and dissolving foundations in LabuanBahagian I
Permulaan
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Yayasan Labuan 2010.
Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh
Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta.
s 2Tafsiran
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“artikel” ertinya artikel sesuatu yayasan Labuan yang diperuntukkan dalam seksyen 10;
10 Undang-Undang Malaysia AKTA 706
“aset permulaan” ertinya harta yang diderma secara kekal oleh pengasas atau pengasas-pengasas, mengikut mana-mana yang berkenaan, pada masa penubuhan sesuatu yayasan Labuan dan yang terletak hak pada dan merupakan harta yayasan itu;
“benefisiari” ertinya seseorang yang ditetapkan sebagai benefisiari di bawah peruntukan dokumen konstituen suatu yayasan Labuan;
“benefisiari yang tinggal” ertinya seseorang atau orang yang, mengikut dokumen konstituen suatu yayasan Labuan, adalah berhak untuk menerima apa-apa harta yang tinggal selepas pembubaran atau penggulungan yayasan Labuan itu;
“daftar” ertinya daftar mengenai yayasan Labuan yang didaftarkan di bawah Akta ini yang disenggarakan di bawah seksyen 16;
“dokumen konstituen” ertinya piagam dan artikel, sesuatu yayasan
Labuan;
“harta” termasuklah—
tiap-tiap jenis harta, sama ada zahir atau tidak zahir, alih atau tak alih, ketara atau tidak ketara, walau bagaimanapun diperoleh; dan
dokumen atau surat cara undang-undang dalam apa-apa bentuk, termasuk elektronik atau digital, yang membuktikan hakmilik kepada atau kepentingan dalam harta yang diperihalkan dalam perenggan (a), termasuk cek bank, kiriman wang, saham, sekuriti, bon, draf bank dan surat kredit;
“juruaudit diluluskan” ertinya seseorang yang diluluskan oleh
Lembaga sebagai seorang juruaudit diluluskan di bawah seksyen 10
Akta Syarikat Labuan 1990 [Akta 441];
“Labuan” ertinya Wilayah Persekutuan Labuan;
Yayasan Labuan 11
“Lembaga” ertinya Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan yang ditubuhkan di bawah seksyen 3 Akta Lembaga Perkhidmatan
Kewangan Labuan 1996 [Akta 545];
“Mahkamah” ertinya Mahkamah Tinggi atau seseorang hakim
Mahkamah Tinggi;
“majlis” dan “anggota majlis” ertinya majlis sesuatu yayasan Labuan yang dilantik mengikut seksyen 25 dan anggota majlis hendaklah ditafsirkan sewajarnya;
“Malaysia” ertinya wilayah di dalam Persekutuan Malaysia, perairan wilayah Malaysia dan dasar laut dan tanih bawah perairan wilayah, dan termasuklah mana-mana kawasan yang melangkaui sempadan perairan wilayah Malaysia, dan dasar laut dan tanih bawah mana-mana kawasan itu, yang telah atau akan kemudian daripada ini ditetapkan di bawah undang-undang Malaysia dan mengikut undang-undang antarabangsa sebagai kawasan yang terhadapnya Malaysia mempunyai hak kedaulatan bagi maksud mempelopori dan mengeksploitasikan sumber semula jadinya, sama ada yang berupa hidupan atau bukan hidupan;
“menderma secara kekal” ertinya memindahkan, atau berwaad untuk memindahkan, hakmilik mengenai harta, secara mutlak supaya pemindahan hakmilik harta itu dipindah hakmilik secara berkesan, dengan atau tanpa balasan, kepada sesuatu yayasan Labuan supaya harta itu menjadi harta yayasan Labuan itu;
“Menteri” ertinya Menteri yang pada masa ini dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kewangan;
“orang” termasuklah suatu perbadanan, suatu perkongsian, kumpulan orang, yang diperbadankan atau tidak diperbadankan, dan suatu perbadanan seorang;
“orang yang menyelia” ertinya mana-mana orang atau kumpulan orang yang mempunyai kuasa seliaan terhadap sesuatu yayasan
Labuan dan dilantik di bawah piagam yayasan Labuan itu;
“piagam” ertinya piagam suatu yayasan Labuan yang diperuntukkan dalam seksyen 8;
12 Undang-Undang Malaysia AKTA 706
“pegawai” ertinya pegawai yayasan Labuan yang dilantik mengikut seksyen 35;
“pegawai diberi kuasa” ertinya mana-mana pegawai yang diberi kuasa dengan sewajarnya oleh Lembaga di bawah subseksyen 3(2);
“pemastautin” ertinya mana-mana orang—
yang merupakan warganegara atau pemastautin tetap
Malaysia; atau
yang telah menubuhkan suatu tempat perniagaan dan sedang beroperasi di Malaysia, selain sesuatu syarikat
Labuan atau syarikat Labuan asing yang diperbadankan atau didaftarkan di bawah Akta Syarikat Labuan 1990, sesuatu yayasan Labuan yang ditubuhkan di bawah Akta ini, sesuatu perkongsian yang didaftarkan di bawah Akta
Perkongsian Terhad dan Perkongsian Liabiliti Terhad
Labuan 2010 [Akta 707], dan termasuklah seseorang yang diisytihar sebagai pemastautin menurut perenggan 214(6)(a) Akta Perkhidmatan Kewangan 2013
[Akta 758] dan perenggan 225(6)(a) Akta Perkhidmatan Kewangan
Islam 2013 [Akta 759];
“penalti pentadbiran” ertinya penalti yang dikenakan mengikut seksyen 78;
“pengasas” ertinya orang yang menurunkan tandatangannya pada piagam yang menubuhkan sesuatu yayasan Labuan yang bertindak sama ada bagi dirinya atau bagi pihak orang lain dan yang, melalui pemindahan hak milik, menderma secara kekal aset permulaan yayasan Labuan itu;
“perakuan pendaftaran” ertinya perakuan pendaftaran yang dikeluarkan di bawah seksyen 15 apabila suatu yayasan Labuan didaftarkan;
“perbadanan” ertinya mana-mana pertubuhan perbadanan, yang ditubuhkan atau diperbadankan, atau yang berada di dalam atau di luar
Yayasan Labuan 13
Malaysia dan termasuklah mana-mana syarikat Labuan asing tetapi tidak termasuk—
mana-mana perbadanan seorang;
mana-mana kesatuan sekerja yang didaftarkan di bawah undang-undang bertulis sebagai suatu kesatuan sekerja; dan
mana-mana pertubuhan yang didaftarkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis berhubung dengan koperasi;
“setiausaha” ertinya suatu syarikat Amanah Labuan yang dilantik sebagai setiausaha mengikut seksyen 41;
“syarikat Labuan” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam
Akta Syarikat Labuan 1990.
Bahagian II
Pentadbiran Akta
Bahagian III
Penubuhan Yayasan Labuan
Bahagian IV
Pendaftaran Yayasan Labuan
Bahagian V
Majlis, Pegawai dan Setiausaha
Bahagian VI
Keupayaan Yayasan Labuan
Bahagian VII
Benefisiari
Bahagian VIII
Pembubaran
Bahagian IX