Akta Yayasan Labuan 2010 · Updated to 23 Apr 2025 · Bahagian IX · Peruntukan Am
70. Fi
Feedback & supportLembaga boleh menetapkan fi berkenaan dengan apa-apa perkhidmatan yang diberikan oleh Lembaga di bawah Akta ini dan berkenaan dengan fi yang dikehendaki ditetapkan di bawah Akta ini.
Sesuatu yayasan Labuan hendaklah membayar apa-apa fi tahunan yang ditetapkan, pada atau sebelum setiap ulang tahun tarikh pendaftarannya.
Jika sesuatu yayasan Labuan tidak membayar fi tahunan yang disebut dalam subseksyen (2) pada atau sebelum habis tempoh enam bulan dari tarikh pembayaran fi tahunan itu, maka hendaklah dibayar sebagai tambahan kepada fi tahunan itu suatu amaun yang bersamaan dengan lima puluh peratus fi tahunan itu.
Apa-apa fi yang dipungut oleh atau dibayar kepada Lembaga di bawah Akta ini hendaklah menjadi sebahagian daripada dan dikreditkan ke dalam Kumpulan Wang yang ditubuhkan di bawah seksyen 29 Akta Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan 1996.