Akta Yayasan Labuan 2010 · Updated to 23 Apr 2025 · Bahagian VI · Keupayaan Yayasan Labuan
50. Keupayaan dan kuasa
Feedback & supportSesuatu yayasan
Labuan yang didaftarkan dengan sewajarnya di bawah Akta ini ialah suatu pertubuhan perbadanan yang boleh membawa guaman dan dibawa guaman atas nama perbadanannya.
Tertakluk pada
Akta ini dan peruntukan dokumen konstituennya, sesuatu yayasan Labuan mempunyai keupayaan, hak, kuasa dan keistimewaan orang perseorangan.
Piagam sesuatu yayasan
Labuan boleh mengandungi peruntukan yang menyekat keupayaan, hak, kuasa dan keistimewaannya.
Walau apa pun subseksyen (3), kesahan sesuatu perbuatan yang dilakukan oleh sesuatu yayasan Labuan tidak boleh dipersoalkan atas alasan ketiadaan keupayaan disebabkan oleh apa-apa yang terkandung dalam piagamnya.
48 Undang-Undang Malaysia AKTA 706