Akta Yayasan Labuan 2010 · Updated to 23 Apr 2025 · Bahagian VIII · Pembubaran
68. Kuasa Mahkamah untuk memerintahkan pembubaran
Feedback & supportTanpa menjejaskan seksyen 67, Mahkamah boleh, atas permohonan yayasan
Labuan, atau oleh pemiutang atau pemiutang-pemiutang yayasan Labuan itu atau oleh Lembaga, memerintahkan pembubaran yayasan Labuan itu jika Mahkamah berpendapat bahawa adalah adil dan saksama yayasan Labuan itu dibubarkan.
66 Undang-Undang Malaysia AKTA 706
Jika Mahkamah memerintahkan supaya sesuatu yayasan
Labuan dibubarkan di bawah seksyen ini, Mahkamah boleh melantik seorang yang merupakan seorang pelikuidasi yang diluluskan di bawah seksyen 12 Akta Syarikat Labuan 1990 untuk menyelia pembubaran yayasan Labuan itu dan boleh, dari semasa ke semasa, mengarahkan cara pembubaran itu hendaklah dijalankan.