Skip to content
In forceUpdated to 23 Apr 2025Read it in English

Bahagian VIII · Pembubaran

69. Pembahagian harta

Feedback & support
(1)

Tertakluk pada subseksyen (2), jika sesuatu yayasan Labuan dibubarkan dan ada harta yang tinggal selepas pembubarannya, harta itu hendaklah menjadi harta benefisiari yang, mengikut dokumen konstituen yayasan Labuan itu, berhak untuk menerima apa-apa harta yang tinggal selepas pembubaran yayasan Labuan itu.

(2)

Dalam hal tiada peruntukan yang berlawanan dalam dokumen konstituen yayasan Labuan itu, jika terdapat lebih daripada seorang benefisiari yang tinggal yang berhak untuk menerima harta yang tinggal, harta yang tinggal itu hendaklah dibahagikan sama rata antara mereka.

(3)

Harta yang tinggal hendaklah diuruskan mengikut mana-mana undang-undang berkaitan yang berhubungan dengan wang tidak dituntut yang berkuat kuasa di Malaysia sekiranya—

(a)

tiada benefisiari yang berhak untuk menerima harta yayasan

Labuan yang tinggal itu sebagaimana yang diperuntukkan dalam subseksyen (1);

(b)

benefisiari yang berhak untuk menerima harta yang tinggal itu enggan untuk menerima pemindahmilikan harta yang tinggal itu; atau

(c)

tiada peruntukan yang berkaitan dalam dokumen konstituen yayasan Labuan itu.

Yayasan Labuan 67

Report

Bahagian IX

Peruntukan Am

Schedules