Akta Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 2010 · Updated to 15 Oct 2022 · Bahagian VII · Perniagaan Takaful Labuan dan Aktiviti Berkaitan Takaful Labuan
101. Pembayaran kepada orang yang tidak berwibawa untuk berkontrak
Feedback & supportJika seseorang yang belum mencapai umur lapan belas tahun, atau yang diperakui oleh seorang pengamal perubatan dalam perkhidmatan awam sebagai tidak sempurna akal dan tiada jawatankuasa estetnya telah dilantik, atau menjadi tidak berupaya, oleh sebab kelemahan akal atau tubuh, untuk menguruskan dirinya dan harta serta hal ehwalnya, pengendali takaful Labuan—
dalam hal seorang penama di bawah subseksyen 97(1)—
jika wang polisi itu ialah sepuluh ribu ringgit atau yang bersamaan dengannya dalam mata wang asing atau kurang atau apa-apa amaun
Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 125
atau jenis mata wang yang lain sebagaimana yang ditentukan, boleh membayar kepada seseorang yang memuaskan hati pengendali takaful Labuan itu bahawa dia akan menggunakan wang polisi itu untuk saraan dan faedah penama di bawah subseksyen 97(1), atau seseorang yang kepadanya wang polisi itu kena dibayar di bawah subseksyen 100(2) atau (6), tertakluk pada pelaksanaan suatu aku janji oleh orang itu bahawa wang polisi itu akan digunakan semata-mata untuk saraan dan faedah penama itu; dan
jika wang polisi adalah lebih daripada amaun dalam perenggan (a), hendaklah membayar kepada Pemegang Amanah Raya atau suatu syarikat amanah yang dinamakan oleh Pemegang
Amanah Raya; atau
dalam hal seseorang yang kepadanya wang polisi kena dibayar di bawah subseksyen 100(2) atau (6), hendaklah membayar kepada Pemegang Amanah Raya atau suatu syarikat amanah yang dinamakan oleh Pemegang Amanah
Raya.