Skip to content
In forceUpdated to 15 Oct 2022Read it in English
Contents

Bahagian VII · Perniagaan Takaful Labuan dan Aktiviti Berkaitan Takaful Labuan

89. Sekatan ke atas perniagaan pemegang lesen takaful oleh pengendali takaful Labuan

Feedback & support
(1)

Tiada pengendali takaful Labuan boleh menjalankan apa-apa aktiviti perniagaan di Labuan atau di tempat lain dari pejabatnya di Labuan selain perniagaan takaful Labuannya atau aktiviti perniagaan yang berkaitan dengan atau bagi maksud perniagaan takaful Labuan itu.

(2)

Walau apa pun takrif “perniagaan takaful Labuan” dan subseksyen (1), seseorang pengendali takaful Labuan boleh menjalankan takaful semula perniagaan takaful domestik, termasuk takaful semula perniagaan takaful domestik yang diurusniagakan dalam ringgit dan apa-apa perniagaan lain sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga.

(3)

Tiada pengendali takaful Labuan boleh bertindak bagi pihak seorang pengendali takaful Labuan yang lain sebagai pengurus takaful Labuan atau pengurus pengunderaitan takaful Labuan melainkan jika pengendali takaful Labuan yang mula-mula disebut itu telah diberikan suatu lesen untuk menjalankan perniagaan sebagai pengurus takaful Labuan atau pengurus pengunderaitan takaful Labuan, mengikut mana-mana yang berkenaan.

Undang-Undang Malaysia 116

Report

Bahagian VIII

Amanah Islam Labuan

Bahagian IX

Yayasan Islam Labuan

Bahagian X

Perkongsian Terhad Islam Labuan dan Perkongsian Liabiliti Terhad Islam Labuan

Bahagian XI

Organisasi Kawal Selia Sendiri Islam

Bahagian XII

Bahagian VII

Bahagian VII), atau pemiutang entiti berlesen itu, atau apa-apa ketidakteraturan serius lain, telah berlaku.

Schedules