Seksyen 96
Pembayaran wang polisi
of Akta Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 2010
Tertakluk pada subseksyen (2), jika seseorang pemunya polisi mati setelah membuat sesuatu penamaan, pengendali takaful
Labuan hendaklah membayar wang polisi pemunya polisi yang mati itu mengikut arahan penamaan itu apabila diterima suatu tuntutan daripada penama itu dan tuntutan itu disertakan dengan bukti kematian pemunya polisi.
(2)
Jika seseorang penama tidak menuntut wang polisi dalam masa dua bulan selepas pengendali takaful Labuan menyedari kematian pemunya polisi itu, pengendali takaful Labuan hendaklah memberitahu penama secara bertulis di alamatnya yang terakhir diketahui mengenai haknya untuk menuntut wang polisi itu.
(3)
Jika seseorang penama tidak menuntut wang polisi itu dalam masa dua belas bulan dari pemberitahuan di bawah subseksyen (2), seksyen 100 hendaklah terpakai seolah-olah tiada penamaan telah dibuat.
(4)
Jika seseorang penama, selain penama di bawah seksyen 97, mati selepas kematian pemunya polisi itu tetapi sebelum apa-apa wang polisi telah dibayar kepadanya sebagai penama, seksyen 95
atau seksyen 100 hendaklah terpakai bagi polisi itu, mengikut mana-mana yang berkenaan.