Skip to content
In forceUpdated to 15 Oct 2022Read it in English
Contents

Bahagian VII · Perniagaan Takaful Labuan dan Aktiviti Berkaitan Takaful Labuan

90. Sekatan ke atas dan kewajipan pengurus takaful Labuan, pengurus pengunderaitan takaful Labuan dan broker takaful Labuan

Feedback & support
(1)

Tiada pengurus takaful Labuan berlesen boleh memberikan apa-apa perkhidmatan selain perkhidmatan pentadbiran dan tiada pengurus pengunderaitan takaful Labuan berlesen boleh memberikan apa-apa perkhidmatan selain perkhidmatan pengunderaitan.

(2)

Tiada pengurus pengunderaitan takaful Labuan boleh memberikan perkhidmatan pengunderaitan kepada mana-mana orang yang tidak dilesenkan di bawah Akta ini atau kepada mana-mana perniagaan yang dijalankan oleh pengendali takaful yang didaftarkan di bawah *Akta Takaful 1984.

(3)

Seseorang broker takaful Labuan berlesen boleh mengendalikan takaful atau takaful semula perniagaan takaful domestik, yang diurusniagakan dalam mata wang Malaysia dengan syarat bahawa aktiviti itu tidak termasuk apa-apa aktiviti yang dikawal atau dilarang di bawah undang-undang bertulis lain di Malaysia.

(4)

Tiap-tiap pengurus takaful Labuan atau pengurus pengunderaitan takaful Labuan yang bertindak bagi pihak pengendali takaful Labuan hendaklah menyenggarakan wangnya berasingan daripada wang pengendali takaful Labuan itu dan tidak boleh menggunakan wang pengendali takaful Labuan itu untuk menjelaskan apa-apa perbelanjaan atau liabilitinya selain berkenaan dengan perniagaan takaful Labuan itu.

Report

Bahagian VIII

Amanah Islam Labuan

Bahagian IX

Yayasan Islam Labuan

Bahagian X

Perkongsian Terhad Islam Labuan dan Perkongsian Liabiliti Terhad Islam Labuan

Bahagian XI

Organisasi Kawal Selia Sendiri Islam

Bahagian XII

Bahagian VII

Bahagian VII), atau pemiutang entiti berlesen itu, atau apa-apa ketidakteraturan serius lain, telah berlaku.

Schedules