Skip to content
In forceUpdated to 15 Oct 2022Read it in English
Contents

Bahagian VII · Perniagaan Takaful Labuan dan Aktiviti Berkaitan Takaful Labuan

85. Pengasingan kumpulan wang takaful

Feedback & support
(1)

Aset mana-mana kumpulan wang yang ditubuhkan bagi mana-mana perniagaan takaful keluarga dan mana-mana perniagaan takaful am di bawah Akta ini hendaklah disimpan berasingan daripada semua aset lain pengendali takaful Labuan, dan tidak termasuk apa-apa amaun yang berasaskan nama baik, faedah perbelanjaan pembangunan atau perkara serupa yang tidak boleh direalisasikan selain perniagaan atau sebahagian daripada perniagaan pengendali takaful Labuan itu.

(2)

Bagi maksud seksyen ini, aset yang dari semasa ke semasa yang mewakili mana-mana deposit pengendali takaful semula

Labuan yang dipegang oleh pengendali takaful Labuan untuk menjelaskan liabiliti mana-mana kumpulan wang yang ditubuhkan bagi perniagaan takaful keluarga atau mana-mana perniagaan takaful am hendaklah dikira dengan persetujuan pengendali takaful semula Labuan sebagai aset kumpulan wang itu.

Report

Bahagian VIII

Amanah Islam Labuan

Bahagian IX

Yayasan Islam Labuan

Bahagian X

Perkongsian Terhad Islam Labuan dan Perkongsian Liabiliti Terhad Islam Labuan

Bahagian XI

Organisasi Kawal Selia Sendiri Islam

Bahagian XII

Bahagian VII

Bahagian VII), atau pemiutang entiti berlesen itu, atau apa-apa ketidakteraturan serius lain, telah berlaku.

Schedules