Skip to content
In forceUpdated to 15 Oct 2022Read it in English
Contents

Bahagian VII · Perniagaan Takaful Labuan dan Aktiviti Berkaitan Takaful Labuan

95. Pembatalan penamaan

Feedback & support
(1)

Sesuatu penamaan, termasuk suatu penamaan yang baginya seksyen 97 terpakai, hendaklah dibatalkan—

(a)

apabila penama mati, atau jika terdapat lebih daripada seorang penama, apabila kesemua penama itu mati, semasa hayat pemunya polisi itu;

(b)

melalui suatu notis bertulis yang diberikan oleh pemunya polisi itu; atau

(c)

melalui apa-apa penamaan terkemudian.

(2)

Tertakluk pada subseksyen (1), sesuatu penamaan tidak boleh dibatalkan melalui wasiat atau melalui apa-apa perbuatan, kejadian atau cara lain.

(3)

Jika terdapat lebih daripada satu penama dan salah satu penama itu mati terdahulu daripada pemunya polisi, dalam ketiadaan apa-apa penamaan terkemudian oleh pemunya polisi yang melupuskan bahagian penama yang mati itu, pengendali takaful

Labuan itu hendaklah membayar bahagian penama yang mati itu kepada penama yang masih hidup mengikut nisbah bahagian mereka masing-masing.

Undang-Undang Malaysia 120

Report

Bahagian VIII

Amanah Islam Labuan

Bahagian IX

Yayasan Islam Labuan

Bahagian X

Perkongsian Terhad Islam Labuan dan Perkongsian Liabiliti Terhad Islam Labuan

Bahagian XI

Organisasi Kawal Selia Sendiri Islam

Bahagian XII

Bahagian VII

Bahagian VII), atau pemiutang entiti berlesen itu, atau apa-apa ketidakteraturan serius lain, telah berlaku.

Schedules