Seksyen 48
Pengantaraan adalah sukarela
of Akta Bantuan Guaman dan Pembelaan Awam 2026
ActIn forceProvision 48 of 83
Seksyen 48
(1)
Semua pihak kepada khidmat pengantaraan yang disediakan oleh Ketua Pengarah boleh secara sukarela hadir dan menyertai sesuatu sidang pengantaraan.
(2)
Mana-mana pihak kepada khidmat pengantaraan itu boleh menarik diri daripada sidang pengantaraan itu pada bila-bila masa.
Undang-Undang Malaysia 42
Akta 878
(3)
Walau apa pun subseksyen (1) dan (2), kehadiran dan penyertaan dalam atau penarikan diri daripada sidang pengantaraan yang dikendalikan di bawah Akta ini hendaklah tidak menjejaskan apa-apa hak atau remedi yang ada pada pihak kepada pertikaian.