Seksyen 49
Komunikasi sulit dengan pengantara
of Akta Bantuan Guaman dan Pembelaan Awam 2026
Tiada seorang pun boleh dipaksa untuk menzahirkan kepada mahkamah apa-apa komunikasi sulit yang telah berlaku antara orang itu dengan pengantara, jika proses pengantaraan itu gagal.
(2)
Walau apa pun subseksyen (1), jika orang itu menawarkan dirinya sebagai saksi dalam perbicaraan yang melibatkan apa-apa pertikaian yang telah menjadi subjek kepada pengantaraan di bawah Bab ini, orang itu boleh diarahkan oleh mahkamah untuk menzahirkan apa-apa komunikasi dalam sidang pengantaraan itu hanya jika komunikasi itu didapati perlu oleh mahkamah untuk menjelaskan apa-apa keterangan yang telah diberikan oleh orang itu.