Akta Bantuan Guaman dan Pembelaan Awam 2026 · Updated to 13 Feb 2026 · Bab 5
46. Pengantara
Feedback & support(1)
Menteri boleh melantik mana-mana orang sebagai seorang pengantara bagi maksud Bab ini.
(2)
Tiap-tiap pengantara yang dilantik di bawah subseksyen (1)
hendaklah tertakluk kepada pengawasan dan arahan am
Ketua Pengarah.
(3)
Pengantara yang dilantik di bawah seksyen ini tidak boleh hadir dan berhujah dalam mana-mana mahkamah untuk mewakili mana-mana orang yang merupakan pihak kepada sidang pengantaraan yang dikendalikan olehnya bagi pertikaian yang sama yang timbul dalam sidang pengantaraan tersebut.
(4)
Menteri boleh menamatkan perkhidmatan mana-mana pengantara yang dilantik di bawah subseksyen (1) atas apa-apa sebab.