Seksyen 47
Kaedah mengendalikan pengantaraan
of Akta Bantuan Guaman dan Pembelaan Awam 2026
ActIn forceProvision 47 of 83
Seksyen 47
(1)
Sesuatu sidang pengantaraan hendaklah dikendalikan mengikut peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh Menteri dan selepas pembayaran fi yang ditetapkan.
(2)
Sesuatu sidang pengantaraan boleh dipengerusikan oleh seorang atau lebih pengantara.
(3)
Sesuatu sidang pengantaraan boleh dimulakan atau diteruskan sama ada pertikaian tersebut boleh menjadi hal perkara atau sedang menjadi hal perkara yang dipertikaikan di hadapan mana-mana mahkamah, tribunal atau badan atau tidak.