Skip to content

Seksyen 44

Permohonan bagi khidmat pengantaraan

of Akta Bantuan Guaman dan Pembelaan Awam 2026

ActIn forceProvision 44 of 83
Seksyen 44
(1)

Suatu permohonan oleh seseorang atau orang yang dibantu yang ingin mendapatkan khidmat pengantaraan hendaklah dibuat kepada Ketua Pengarah mengikut apa-apa cara sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah.

(2)

Permohonan di bawah subseksyen (1) hendaklah disertakan dengan apa-apa maklumat, butir-butir atau dokumen sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah.

(3)

Selepas menimbangkan permohonan, Ketua Pengarah boleh meluluskan penyediaan khidmat pengantaraan kepada pemohon dan boleh menyediakan khidmat pengantaraan kepada pemohon mengikut peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh Menteri.

(4)

Jika pemohon seorang kanak-kanak, permohonan itu hendaklah dibuat bagi pihak kanak-kanak itu oleh ibu bapa atau penjaganya dan apa-apa sebutan kepada pemohon dalam Bab ini hendaklah termasuk ibu bapa atau penjaga kanak-kanak itu.