Skip to content
In forceUpdated to 1 Mar 2014Read it in English

Act of Parliament

Akta Juruukur Tanah Berlesen 1958

Feedback & supportLicensing and control of land surveyors

Long title

Suatu Akta yang berhubungan dengan pelesenan dan pengawalan juruukur tanah dan bagi perkara yang berkaitan dengannya.

In force · Updated to 1 Mar 2014

Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged

s 1Tajuk ringkas

Akta ini bolehlah dinamakan Akta Juruukur Tanah Berlesen 1958.

s 2Tafsiran

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

“Lembaga” ertinya Lembaga Juruukur Tanah yang ditubuhkan di bawah seksyen 3;

“tanda sempadan” ertinya apa-apa tanda yang dibenarkan oleh undang-undang bagi maksud penandaan sempadan;

“Ketua Pengarah Ukur” ertinya pegawai yang melaksanakan kewajipan sebagai ketua bagi Jabatan Ukur di Negeri-Negeri

Semenanjung Malaysia;

“juruukur Kerajaan” ertinya mana-mana pegawai awam Malaysia yang diberi kuasa oleh Ketua Pengarah Ukur untuk menjalankan apa-apa ukur hakmilik;

6

Undang-Undang Malaysia

“lesen untuk menjalankan amalan” ertinya suatu lesen untuk menjalankan amalan sebagai seorang juruukur tanah berlesen yang dikeluarkan di bawah seksyen 10;

“juruukur tanah berlesen” ertinya seseorang yang namanya telah diletakkan dalam Daftar dan yang kepadanya suatu lesen untuk menjalankan amalan telah dikeluarkan oleh Lembaga;

“angggota” ertinya seorang anggota Lembaga;

“Menteri”

ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi tanah;

“wilayah salingan” ertinya mana-mana negara atau wilayah dalam

Komanwel yang dengannya perkiraan mungkin telah dibuat oleh

Lembaga dengan persetujuan Yang di-Pertuan Agong bagi pengiktirafan status juruukur tanah;

“Daftar” ertinya daftar juruukur tanah berlesen yang disimpan mengikut seksyen 8;

“Setiausaha” ertinya orang yang dilantik sedemikian di bawah seksyen 7;

“pelan ukur” ertinya suatu pelan yang ditandatangani oleh seorang juruukur tanah berlesen yang merekodkan kerja yang dijalankan olehnya atas ukur hakmilik, atau suatu pelan yang ditandatangani oleh pegawai yang diberi kuasa oleh Ketua Pengarah Ukur untuk berbuat demikian dan merekodkan kerja seorang juruukur Kerajaan;

“ukur hakmilik” ertinya apa-apa kerja ukur-mengukur yang dikehendaki oleh mana-mana undang-undang bertulis bagi maksud atau berkaitan dengan pendaftaran apa-apa hakmilik tanah atau apa-apa surat akuan atau surat cara yang menyentuh atau yang berupa sebagai menyentuh hakmilik tanah, dan termasuklah yang berkaitan dengannya—

(a)

persempadanan sempadan mana-mana tanah sama ada milik persendirian atau tidak;

Juruukur Tanah Berlesen 7

(b)

penempatan, penggantian dan pengalihan tanda sempadan;

(c)

kerja ukur-mengukur yang dikehendaki bagi hubungan antara sempanan atau tanda sempadan yang betul; dan

(d)

pembuatan dan perekodan segala pengukuran dan pengiraan yang relevan dengannya dan lukisan dan penghasilan semula pelan daripadanya.

(1)

Maka hendaklah ditubuhkan suatu lembaga yang disebut

Lembaga Juruukur Tanah yang hendaklah mempunyai suatu pejabat di Semenanjung Malaysia.

(2)

Lembaga hendaklah menjadi suatu pertubuhan perbadanan yang kekal turun-temurun dan hendaklah mempunyai suatu meterai perbadanan.

(1)

Lembaga hendaklah terdiri daripada—

(a)

Ketua Pengarah Ukur;

(b)

Timbalan Ketua Pengarah Ukur;

(c)

seorang Pengarah Ukur, yang dilantik oleh Menteri; dan

(d)

tiga orang juruukur tanah berlesen yang didaftar di bawah seksyen 9 dan bermastautin dan menjalankan amalan di

Semenanjung Malaysia, yang dilantik oleh Menteri.

(2)

Anggota yang dilantik di bawah perenggan (1)(c) dan (d)

hendaklah memegang jawatan selama tiga tahun atau bagi apa-apa tempoh yang lebih pendek sebagaimana yang dinyatakan oleh

Menteri dan adalah layak untuk dilantik semula.

8

Undang-Undang Malaysia

(1)

Ketua Pengarah Ukur hendaklah menjadi Pengerusi Lembaga dan Timbalan Ketua Pengarah Ukur hendaklah menjadi Timbalan

Pengerusi Lembaga.

(2)

Pengerusi, jika hadir, atau semasa ketiadaannya Timbalan

Pengerusi, hendaklah mempengerusikan mesyuarat Lembaga. Semasa ketiadaan kedua-dua Pengerusi dan Timbalan Pengerusi anggota yang hadir pada mesyuarat Lembaga hendaklah memilih salah seorang daripada mereka untuk bertindak sebagai Pengerusi mesyuarat itu.

(1)

Lembaga hendaklah bermesyuarat pada bila-bila masa dan di mana-mana tempat sebagaimana yang ditetapkan oleh Pengerusi.

(2)

Kuorum bagi semua mesyuarat Lembaga ialah empat orang anggota yang hadir.

(3)

Anggota yang mempengerusikan mana-mana mesyuarat

Lembaga hendaklah mempunyai suatu undi asal dan juga, jika mengenai apa-apa persoalan undi hendaklah dibahagikan sama rata, suatu undi pemutus.

(4)

Lembaga boleh membuat kaedah-kaedah bagi penjalanan urusannya.

(1)

Lembaga boleh melantik seorang Setiausaha, pemeriksa dan mana-mana pegawai lain dari semasa ke semasa yang didapatinya perlu bagi menunaikan fungsi Lembaga.

(2)

Setiausaha tidak boleh menjadi anggota Lembaga dan tidak boleh mempunyai apa-apa undi dalam pertimbangtelitiannya.

Juruukur Tanah Berlesen 9

(1)

Lembaga hendaklah menyebabkan suatu Daftar disimpan yang hendaklah mengandungi nama, alamat dan kelayakan semua juruukur tanah berlesen, dan apa-apa jua perkara lain sebagaimana yang ditetapkan. Sekiranya apa-apa lesen untuk menjalankan amalan dibatalkan atau digantung, Lembaga hendaklah menyebabkan suatu catatan mengenainya dibuat dalam Daftar.

(2)

Daftar itu hendaklah disenggarakan dan disimpan oleh

Setiausaha di pejabat Lembaga dan hendaklah terbuka untuk pemeriksaan oleh mana-mana orang apabila fi yang ditetapkan dibayar.

(3)

Lembaga hendaklah, sebelum tiga puluh satu Mac setiap tahun, menyiarkan dalam Warta suatu senarai nama semua juruukur tanah berlesen dan hendaklah dalam masa enam minggu daripada pengeluaran, pembatalan atau penggantungan mana-mana lesen untuk menjalankan amalan menyiarkan suatu notis mengenainya dalam

Warta.

(4)

Suatu salinan apa-apa catatan dalam Daftar yang berupa sebagai diperakui oleh Pengerusi atau Setiausaha sebagai suatu salinan benar, hendaklah dalam segala apa-apa jua prosiding pun menjadi keterangan prima facie bahawa orang yang dinamakan dalamnya ialah seorang juruukur tanah berlesen dan memiliki kelayakan yang disebut dalamnya atau bahawa lesennya telah dibatalkan atau digantung.

(5)

Lembaga hendaklah memotong atau meminda apa-apa catatan dalam Daftar yang dibuktikan sehingga Lembaga berpuas hati bahawa catatan itu diperoleh atau dibuat secara fraud, atau adalah tidak betul.

(6)

Setiausaha hendaklah memotong daripada Daftar nama mana-mana orang, yang bukan seorang juruukur Kerajaan, yang lesennya untuk menjalankan amalan tidak diperbaharui sebelum hari pertama bulan Februari dalam mana-mana tahun.

10

Undang-Undang Malaysia

(7)

Lembaga boleh, jika difikirkannya patut, memasukkan semula ke dalam Daftar mana-mana nama yang telah dipotong daripadanya dengan atau tanpa pembayaran fi yang ditetapkan.

(1)

Tertakluk pada Akta ini tiap-tiap orang berhak untuk diletakkan namanya dalam Daftar apabila permohonan dibuat kepada

Lembaga dan dibuktikan sehingga Lembaga berpuas hati bahawa—

(a)

dia telah mencapai umur dua puluh satu tahun dan berkelakuan baik;

(b)

(i)

dia telah memperoleh perakuan atau kompetensi yang ditetapkan yang dikeluarkan oleh Lembaga selepas lulus peperiksaan yang ditetapkan; atau

(ii)

dia telah lulus suatu peperiksaan profesional yang diiktiraf oleh

Lembaga sebagai mengandungi pengecualian daripada peperiksaan Lembaga dan telah lulus apa-apa peperiksaan lanjut dan telah melengkapkan apa-apa tempoh latihan lanjut di

Negeri-Negeri Semenanjung Malaysia atau Republik

Singapura sebagaimana yang ditetapkan oleh

Lembaga;

(c)

dia telah membuat suatu akuan dalam bentuk dan mengikut cara yang ditetapkan dalam Jadual;

(d)

dia telah membayar fi pendaftaran yang ditetapkan; dan

(e)

dia tidak mempunyai namanya dipotong daripada daftar dan tidak di bawah penggantungan daripada menjalankan amalan di bawah seksyen 16 atau 17.

(2)

Nama mana-mana juruukur Kerajaan yang selainnya layak bagi pendaftaran di bawah seksyen ini boleh diletakkan dalam Daftar tanpa pembayaran fi pendaftaran yang ditetapkan.

Juruukur Tanah Berlesen 11

(1)

Lembaga hendaklah mengeluarkan kepada setiap orang selain Juruukur Kerajaan, yang berdaftar mengikut seksyen 9 atas permohonan oleh orang itu dalam borang yang ditetapkan dan atas pembayaran fi yang ditetapkan suatu lesen untuk menjalankan amalan dalam borang yang ditetapkan, yang sah bagi tahun pendaftaran:

Dengan syarat bahawa tiada lesen sedemikian boleh dikeluarkan kepada mana-mana orang sedemikian yang bukan warganegara tanpa kelulusan Menteri.

(2)

Tiap-tiap orang yang berhasrat untuk terus menjalankan amalan sebagai juruukur tanah berlesen hendaklah selepas itu memohon secara tahunan, mengikut cara yang ditetapkan bagi suatu lesen untuk menjalankan amalan dan hendaklah membayar fi yang ditetapkan bagi lesen itu.

(3)

Lesen untuk menjalankan amalan hendaklah tertakluk pada proviso kepada subseksyen (1) dikeluarkan oleh Setiausaha dan hendaklah berkuat kuasa dari tarikh pengeluaran hingga akhir tahun.

Mana-mana lesen untuk menjalankan amalan yang diambil semasa bulan Januari hendaklah disifatkan telah berkuat kuasa dari hari pertama bulan itu.

(4)

Lesen untuk menjalankan amalan hendaklah kekal menjadi harta Lembaga dan hendaklah dipulangkan kepada Lembaga apabila dikehendaki sedemikian oleh Lembaga.

(1)

Semua fi dan denda yang kena dibayar di bawah Akta ini dan apa-apa jumlah lain yang dibayar kepada Lembaga hendaklah dikreditkan kepada kumpulan wang am Lembaga.

(2)

Hendaklah dibayar daripada kumpulan wang Lembaga kepada anggota apa-apa fi bagi kehadiran dan apa-apa perbelanjaan

12

Undang-Undang Malaysia perjalanan dan elaun sara hidup yang munasabah sebagaimana yang diluluskan dari semasa ke semasa oleh Menteri.

(3)

Semua gaji, saraan, elaun dan perbelanjaan lain yang dilakukan oleh Lembaga dalam menunaikan fungsinya boleh dibayar daripada kumpulan wang am Lembaga.

(4)

Akaun Lembaga hendaklah diaudit secara tahunan oleh seorang juruaudit yang dilantik oleh Lembaga dengan kelulusan

Menteri. Akaun itu, bersama-sama dengan laporan juruaudit, hendaklah dikemukakan kepada Menteri.

(1)

Lembaga boleh membuat perkiraan dengan Lembaga

Juruukur atau pihak berkuasa berwibawa lain bagi suatu wilayah salingan bagi pengiktirafan taraf mana-mana orang yang diberi kuasa oleh Lembaga itu atau pihak berkuasa lain untuk menjalankan amalan sebagai juruukur tanah berlesen di mana-mana wilayah salingan itu dan boleh menetapkan apakah keterangan tambahan mengenai watak dan kewibawaan yang mesti dikemukakan sebelum orang itu boleh dilesenkan di bawah Akta ini.

(2)

Lembaga boleh membuat perkiraan dengan Lembaga Juruukur atau pihak berkuasa berwibawa lain dalam suatu wilayah salingan bagi penetapan dan penerimaan kertas bersama dalam subjek profesional di bawah kaedah-kaedah peperiksaan yang ditetapkan oleh Lembaga.

(1)

Tertakluk pada Akta ini seseorang juruukur tanah berlesen yang namanya terdapat dalam Daftar dan yang telah membayar fi lesen tahunan berkenaan dengan tahun semasa, berhak untuk menjalankan amalan profesionnya sebagai seorang juruukur tanah dan hendaklah dibenarkan untuk menjalankan kerja ukur hakmilik.

Juruukur Tanah Berlesen 13

(2)

Tiada apa-apa jua dalam Akta ini boleh menyentuh hak Ketua

Pengarah Ukur untuk mengambil kerja juruukur Kerajaan, sama ada juruukur tanah berlesen atau tidak, atas apa-apa jua pun jenis ukur hakmilik.

(3)

Tiada apa-apa jua dalam Akta ini boleh menyentuh hak mana-mana orang, yang bukan seorang juruukur tanah berlesen untuk menjalankan kerja ukur-mengukur selain ukur hakmilik.

(4)

Seorang juruukur tanah berlesen dan pembantunya boleh, bagi maksud menjalankan suatu ukur hakmilik, pada bila-bila masa yang munasabah semasa waktu siang memasuki semua tanah yang dia diambil kerja untuk kerja ukur-mengukur, dan mana-mana tanah berhampiran dan mana-mana bangunan di atas tanah itu dan boleh menempatkan apa-apa tanda sempadan di dalam atau di atas tanah itu dan boleh menggali mana-mana tanah bagi maksud menempatkan tanda sempadan itu dan boleh menebang dan mengalihkan apa-apa kayu atau tumbuhan lain yang boleh menghalang apa-apa garis ukur atau apa-apa sempadan dengan menyebabkan seberapa sedikit kerosakan yang mungkin kepadanya:

Dengan syarat bahawa tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh mengecualikan juruukur berlesen atau pembantunya itu daripada liabiliti bagi apa-apa kerosakan yang disebabkan olehnya dalam menjalankan kuasa yang diberikan oleh subseksyen ini.

(5)

Bagi maksud mendapatkan data bagi suatu ukur hakmilik, yang pelan ukur bagi ukur hakmilik itu hendaklah diserah simpan dengan Jabatan Ukur Kerajaan, seseorang juruukur tanah berlesen boleh pada bila-bila masa yang munasabah dibenarkan untuk memeriksa peta dan pelan Jabatan Juruukur yang berkenaan dan untuk mengambil salinan apa-apa maklumat daripadanya sebagaimana yang dikehendaki olehnya tanpa pembayaran fi carian, tetapi dia tidak boleh mengambil apa-apa peta dan pelan itu daripada jagaan jabatan dan dia hendaklah bertanggungan secara kewangan bagi apa-apa kerosakan yang disebabkan olehnya kepada peta dan pelan itu semasa peta dan pelan itu berada di bawah kawalannya.

14

Undang-Undang Malaysia

s 14Penyimpanan pelan

Apabila selesai suatu ukur hakmilik, yang pelan ukur bagi ukur hakmilik itu hendaklah diserah simpan dengan Jabatan Ukur

Kerajaan, juruukur tanah berlesen yang menandatangani pelan ukur bagi ukur hakmilik itu hendaklah menyimpan pelan itu bersama-sama dengan buku kerja luar, kertas kira dan data ukur yang berkenaan dengan Jabatan Ukur dan semua dokumen itu hendaklah, jika pelan itu diluluskan oleh Ketua Pengarah Ukur atau pegawai lain yang dilantik olehnya untuk meluluskan pelan itu bagi pihaknya, menjadi harta Kerajaan dan hendaklah difailkan sebagai rekod ukur kekal.

s 15Kelulusan ukur hakmilik

Tiada ukur hakmilik atau pelan ukur itu boleh diterima atau diterima pakai bagi maksud mana-mana undang-undang bertulis melainkan jika ukur hakmilik atau pelan ukur itu telah diluluskan oleh Ketua Pengarah Ukur atau pegawai lain yang dilantik olehnya untuk meluluskan pelan ukur bagi pihaknya.

(1)

Ketua Pengarah Ukur atau mana-mana juruukur Kerajaan yang diberi kuasa sedemikian olehnya boleh pada bila-bila masa menjalankan apa-apa pemeriksaan luar dan pejabat terhadap kerja ukur hakmilik seseorang juruukur tanah berlesen sebagaimana yang difikirkannya patut.

(2)

Ketua Pengarah Ukur atau pegawai lain yang diberi kuasa olehnya untuk meluluskan pelan ukur, boleh melalui notis secara bertulis, mengarahkan mana-mana juruukur tanah berlesen untuk membetulkan atas perbelanjaannya sendiri dalam masa yang dinyatakan dalam notis itu apa-apa kesilapan yang dibuat olehnya:

Dengan syarat bahawa notis itu dihantar tidak lebih daripada dua belas bulan selepas tarikh pelan ukur yang berkenaan itu disimpan dengan Jabatan Ukur sebagaimana yang diperuntukkan dalam seksyen 14.

Juruukur Tanah Berlesen 15

(3)

Sekiranya juruukur tanah berlesen itu enggan atau abai dalam masa yang dinyatakan untuk membetulkan kesilapan itu adalah sah bagi Ketua Pengarah Ukur untuk menjalankan pembetulan itu melalui jabatan dan untuk mendapatkan balik keseluruhan kos pembetulan itu daripada juruukur tanah berlesen yang berkenaan.

(4)

Jika juruukur tanah berlesen itu enggan atau abai untuk membayar balik kos pembetulan kerja ukur yang disebut dalam subseksyen (3) dalam masa empat belas hari dari penerimaan penyata kos Ketua Pengarah Ukur boleh melaporkan fakta itu kepada

Lembaga bagi tindakan tatatertib, dan selepas siasatan yang sewajarnya Lembaga boleh memerintahkan supaya juruukur tanah berlesen itu untuk membayar kos pembetulan bagi kerjanya atau untuk membayar kepada pelanggannya apa-apa jumlah wang sebagai pampasan sebagaimana yang difikirkan patut oleh Lembaga; dan jika juruukur tanah berlesen itu enggan atau abai untuk mematuhi perintah itu dalam masa satu bulan dari tarikh keputusan itu Lembaga boleh, tertakluk pada seksyen 18, menggantung juruukur tanah berlesen itu daripada menjalankan amalan sebagai juruukur tanah berlesen sehingga kos pembetulan kerja ukur itu telah dibayar, atau bagi suatu tempoh yang tidak melebihi tiga tahun.

s 17Kuasa tatatertib Lembaga

Jika, selepas siasatan yang sewajarnya oleh Lembaga, seseorang juruukur tanah berlesen telah didapati bersalah atas salah laku profesional, atau setelah disabitkan atas suatu kesalahan jenayah, didapati oleh Lembaga tidak layak untuk menjalankan amalan,

Lembaga boleh—

(a)

memotong nama juruukur tanah berlesen itu daripada

Daftar;

(b)

menggantung juruukur tanah berlesen itu daripada menjalankan amalan sebagai seorang juruukur tanah berlesen bagi suatu tempoh yang tidak melebihi tiga tahun;

16

Undang-Undang Malaysia

(c)

mengenakan suatu denda ke atas juruukur tanah berlesen itu yang tidak melebihi lima ratus ringgit; atau

(d)

mencela juruukur tanah berlesen itu.

s 18Rayuan kepada Mahkamah Tinggi

Mana-mana orang yang terkilan dengan keputusan Lembaga di bawah subseksyen 16(4) atau seksyen 17 boleh, dalam masa satu bulan dari tarikh keputusan itu, merayu kepada Mahkamah Tinggi terhadap keputusan itu dan, atas mana-mana rayuan itu, Mahkamah

Tinggi boleh memberikan apa-apa arahan mengenai perkara itu sebagaimana yang difikirkannya patut, termasuk apa-apa arahan tentang kos rayuan itu dan tiada rayuan boleh dibuat terhadap sesuatu perintah Mahkamah Tinggi di bawah seksyen ini.

s 19Amalan menyalahi undang-undang

Mana-mana orang yang, bukan seorang juruukur tanah berlesen, dengan sengaja dan dengan cara palsu berpura-pura, atau memakai atau menggunakan apa-apa nama atau gelaran yang membayangkan bahawa dia ialah seorang juruukur tanah berlesen, atau yang bukan seorang juruukur tanah berlesen atau seorang juruukur Kerajaan, memperakui ketepatan mana-mana ukur hakmilik atau menandatangani atau menandatangani dengan tandatangan ringkas mana-mana pelan ukur atau, yang bukan seorang yang bertindak di bawah arahan atau pengawasan langsung oleh juruukur tanah berlesen, menjalankan atau mengaku janji untuk menjalankan apa-apa kerja, yang berkaitan dengan ukur hakmilik, melakukan suatu kesalahan terhadap Akta ini dan boleh didenda tidak melebihi lima ratus ringgit bagi setiap kesalahan dan boleh dikenakan penalti selanjutnya sebanyak lima puluh ringgit bagi setiap hari sepanjang kesalahan itu berterusan.

Juruukur Tanah Berlesen 17

s 20Juruukur berlesen yang sedia ada

Walau apa pun seksyen 9 dan 10, nama tiap-tiap orang yang sebaik sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini telah bermastautin dan menjalankan amalan di Negeri-Negeri Tanah Melayu dan telah dilesenkan untuk menjalankan amalan di bawah Ordinan Juruukur

Negeri-Negeri Selat [N.S. Bab 63] hendaklah diletakkan dalam Daftar tanpa pembayaran fi pendaftaran yang ditetapkan dan Lembaga hendaklah mengeluarkan kepada tiap-tiap orang itu suatu lesen untuk menjalankan amalan tanpa pembayaran fi lesen yang ditetapkan berkenaan dengan tahun 1958.

(1)

Tertakluk pada Akta ini Lembaga boleh dengan kelulusan

Menteri membuat peraturan-peraturan untuk menetapkan apa-apa jua yang di bawah Akta ini dikehendaki supaya ditetapkan dan secara amnya untuk menjalankan tujuan dan maksud Akta ini.

(2)

Khususnya dan tanpa menjejaskan keluasan peruntukan yang terdahulu, peraturan-peraturan itu boleh—

(a)

menetapkan syarat yang di bawahnya orang yang berhasrat untuk menjadi juruukur tanah berlesen di bawah Akta ini boleh layak sedemikian;

(b)

mengawal selia amalan dan kelakuan juruukur tanah berlesen;

(c)

menetapkan fi bagi pendaftaran, lesen tahunan, peperiksaan dan maksud lain di bawah Akta ini;

(d)

mengawal selia prosiding tatatertib Lembaga;

(e)

menetapkan borang permohonan dan lesen tahunan; dan

(f)

menetapkan bentuk Daftar dan butir-butir untuk dicatatkan di dalamnya.

18

Undang-Undang Malaysia

s 22Pemansuhan

Ordinan Juruukur dengan ini dimansuhkan.

Schedules