19. Amalan menyalahi undang-undang
Feedback & supportMana-mana orang yang, bukan seorang juruukur tanah berlesen, dengan sengaja dan dengan cara palsu berpura-pura, atau memakai atau menggunakan apa-apa nama atau gelaran yang membayangkan bahawa dia ialah seorang juruukur tanah berlesen, atau yang bukan seorang juruukur tanah berlesen atau seorang juruukur Kerajaan, memperakui ketepatan mana-mana ukur hakmilik atau menandatangani atau menandatangani dengan tandatangan ringkas mana-mana pelan ukur atau, yang bukan seorang yang bertindak di bawah arahan atau pengawasan langsung oleh juruukur tanah berlesen, menjalankan atau mengaku janji untuk menjalankan apa-apa kerja, yang berkaitan dengan ukur hakmilik, melakukan suatu kesalahan terhadap Akta ini dan boleh didenda tidak melebihi lima ratus ringgit bagi setiap kesalahan dan boleh dikenakan penalti selanjutnya sebanyak lima puluh ringgit bagi setiap hari sepanjang kesalahan itu berterusan.
Juruukur Tanah Berlesen 17