18. Rayuan kepada Mahkamah Tinggi
Feedback & supportMana-mana orang yang terkilan dengan keputusan Lembaga di bawah subseksyen 16(4) atau seksyen 17 boleh, dalam masa satu bulan dari tarikh keputusan itu, merayu kepada Mahkamah Tinggi terhadap keputusan itu dan, atas mana-mana rayuan itu, Mahkamah
Tinggi boleh memberikan apa-apa arahan mengenai perkara itu sebagaimana yang difikirkannya patut, termasuk apa-apa arahan tentang kos rayuan itu dan tiada rayuan boleh dibuat terhadap sesuatu perintah Mahkamah Tinggi di bawah seksyen ini.