20. Juruukur berlesen yang sedia ada
Feedback & supportWalau apa pun seksyen 9 dan 10, nama tiap-tiap orang yang sebaik sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini telah bermastautin dan menjalankan amalan di Negeri-Negeri Tanah Melayu dan telah dilesenkan untuk menjalankan amalan di bawah Ordinan Juruukur
Negeri-Negeri Selat [N.S. Bab 63] hendaklah diletakkan dalam Daftar tanpa pembayaran fi pendaftaran yang ditetapkan dan Lembaga hendaklah mengeluarkan kepada tiap-tiap orang itu suatu lesen untuk menjalankan amalan tanpa pembayaran fi lesen yang ditetapkan berkenaan dengan tahun 1958.