Skip to content
In forceUpdated to 1 Mar 2014Read it in English

8. Daftar

Feedback & support
(1)

Lembaga hendaklah menyebabkan suatu Daftar disimpan yang hendaklah mengandungi nama, alamat dan kelayakan semua juruukur tanah berlesen, dan apa-apa jua perkara lain sebagaimana yang ditetapkan. Sekiranya apa-apa lesen untuk menjalankan amalan dibatalkan atau digantung, Lembaga hendaklah menyebabkan suatu catatan mengenainya dibuat dalam Daftar.

(2)

Daftar itu hendaklah disenggarakan dan disimpan oleh

Setiausaha di pejabat Lembaga dan hendaklah terbuka untuk pemeriksaan oleh mana-mana orang apabila fi yang ditetapkan dibayar.

(3)

Lembaga hendaklah, sebelum tiga puluh satu Mac setiap tahun, menyiarkan dalam Warta suatu senarai nama semua juruukur tanah berlesen dan hendaklah dalam masa enam minggu daripada pengeluaran, pembatalan atau penggantungan mana-mana lesen untuk menjalankan amalan menyiarkan suatu notis mengenainya dalam

Warta.

(4)

Suatu salinan apa-apa catatan dalam Daftar yang berupa sebagai diperakui oleh Pengerusi atau Setiausaha sebagai suatu salinan benar, hendaklah dalam segala apa-apa jua prosiding pun menjadi keterangan prima facie bahawa orang yang dinamakan dalamnya ialah seorang juruukur tanah berlesen dan memiliki kelayakan yang disebut dalamnya atau bahawa lesennya telah dibatalkan atau digantung.

(5)

Lembaga hendaklah memotong atau meminda apa-apa catatan dalam Daftar yang dibuktikan sehingga Lembaga berpuas hati bahawa catatan itu diperoleh atau dibuat secara fraud, atau adalah tidak betul.

(6)

Setiausaha hendaklah memotong daripada Daftar nama mana-mana orang, yang bukan seorang juruukur Kerajaan, yang lesennya untuk menjalankan amalan tidak diperbaharui sebelum hari pertama bulan Februari dalam mana-mana tahun.

10

Undang-Undang Malaysia

(7)

Lembaga boleh, jika difikirkannya patut, memasukkan semula ke dalam Daftar mana-mana nama yang telah dipotong daripadanya dengan atau tanpa pembayaran fi yang ditetapkan.

Report