Skip to content
In forceUpdated to 1 Mar 2014Read it in English

10. Lesen untuk menjalankan amalan dan pembaharuan lesen

Feedback & support
(1)

Lembaga hendaklah mengeluarkan kepada setiap orang selain Juruukur Kerajaan, yang berdaftar mengikut seksyen 9 atas permohonan oleh orang itu dalam borang yang ditetapkan dan atas pembayaran fi yang ditetapkan suatu lesen untuk menjalankan amalan dalam borang yang ditetapkan, yang sah bagi tahun pendaftaran:

Dengan syarat bahawa tiada lesen sedemikian boleh dikeluarkan kepada mana-mana orang sedemikian yang bukan warganegara tanpa kelulusan Menteri.

(2)

Tiap-tiap orang yang berhasrat untuk terus menjalankan amalan sebagai juruukur tanah berlesen hendaklah selepas itu memohon secara tahunan, mengikut cara yang ditetapkan bagi suatu lesen untuk menjalankan amalan dan hendaklah membayar fi yang ditetapkan bagi lesen itu.

(3)

Lesen untuk menjalankan amalan hendaklah tertakluk pada proviso kepada subseksyen (1) dikeluarkan oleh Setiausaha dan hendaklah berkuat kuasa dari tarikh pengeluaran hingga akhir tahun.

Mana-mana lesen untuk menjalankan amalan yang diambil semasa bulan Januari hendaklah disifatkan telah berkuat kuasa dari hari pertama bulan itu.

(4)

Lesen untuk menjalankan amalan hendaklah kekal menjadi harta Lembaga dan hendaklah dipulangkan kepada Lembaga apabila dikehendaki sedemikian oleh Lembaga.

Report