2. Tafsiran
Feedback & supportDalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“Lembaga” ertinya Lembaga Juruukur Tanah yang ditubuhkan di bawah seksyen 3;
“tanda sempadan” ertinya apa-apa tanda yang dibenarkan oleh undang-undang bagi maksud penandaan sempadan;
“Ketua Pengarah Ukur” ertinya pegawai yang melaksanakan kewajipan sebagai ketua bagi Jabatan Ukur di Negeri-Negeri
Semenanjung Malaysia;
“juruukur Kerajaan” ertinya mana-mana pegawai awam Malaysia yang diberi kuasa oleh Ketua Pengarah Ukur untuk menjalankan apa-apa ukur hakmilik;
6
Undang-Undang Malaysia
“lesen untuk menjalankan amalan” ertinya suatu lesen untuk menjalankan amalan sebagai seorang juruukur tanah berlesen yang dikeluarkan di bawah seksyen 10;
“juruukur tanah berlesen” ertinya seseorang yang namanya telah diletakkan dalam Daftar dan yang kepadanya suatu lesen untuk menjalankan amalan telah dikeluarkan oleh Lembaga;
“angggota” ertinya seorang anggota Lembaga;
“Menteri”
ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi tanah;
“wilayah salingan” ertinya mana-mana negara atau wilayah dalam
Komanwel yang dengannya perkiraan mungkin telah dibuat oleh
Lembaga dengan persetujuan Yang di-Pertuan Agong bagi pengiktirafan status juruukur tanah;
“Daftar” ertinya daftar juruukur tanah berlesen yang disimpan mengikut seksyen 8;
“Setiausaha” ertinya orang yang dilantik sedemikian di bawah seksyen 7;
“pelan ukur” ertinya suatu pelan yang ditandatangani oleh seorang juruukur tanah berlesen yang merekodkan kerja yang dijalankan olehnya atas ukur hakmilik, atau suatu pelan yang ditandatangani oleh pegawai yang diberi kuasa oleh Ketua Pengarah Ukur untuk berbuat demikian dan merekodkan kerja seorang juruukur Kerajaan;
“ukur hakmilik” ertinya apa-apa kerja ukur-mengukur yang dikehendaki oleh mana-mana undang-undang bertulis bagi maksud atau berkaitan dengan pendaftaran apa-apa hakmilik tanah atau apa-apa surat akuan atau surat cara yang menyentuh atau yang berupa sebagai menyentuh hakmilik tanah, dan termasuklah yang berkaitan dengannya—
persempadanan sempadan mana-mana tanah sama ada milik persendirian atau tidak;
Juruukur Tanah Berlesen 7
penempatan, penggantian dan pengalihan tanda sempadan;
kerja ukur-mengukur yang dikehendaki bagi hubungan antara sempanan atau tanda sempadan yang betul; dan
pembuatan dan perekodan segala pengukuran dan pengiraan yang relevan dengannya dan lukisan dan penghasilan semula pelan daripadanya.