13. Kuasa juruukur tanah berlesen
Feedback & supportTertakluk pada Akta ini seseorang juruukur tanah berlesen yang namanya terdapat dalam Daftar dan yang telah membayar fi lesen tahunan berkenaan dengan tahun semasa, berhak untuk menjalankan amalan profesionnya sebagai seorang juruukur tanah dan hendaklah dibenarkan untuk menjalankan kerja ukur hakmilik.
Juruukur Tanah Berlesen 13
Tiada apa-apa jua dalam Akta ini boleh menyentuh hak Ketua
Pengarah Ukur untuk mengambil kerja juruukur Kerajaan, sama ada juruukur tanah berlesen atau tidak, atas apa-apa jua pun jenis ukur hakmilik.
Tiada apa-apa jua dalam Akta ini boleh menyentuh hak mana-mana orang, yang bukan seorang juruukur tanah berlesen untuk menjalankan kerja ukur-mengukur selain ukur hakmilik.
Seorang juruukur tanah berlesen dan pembantunya boleh, bagi maksud menjalankan suatu ukur hakmilik, pada bila-bila masa yang munasabah semasa waktu siang memasuki semua tanah yang dia diambil kerja untuk kerja ukur-mengukur, dan mana-mana tanah berhampiran dan mana-mana bangunan di atas tanah itu dan boleh menempatkan apa-apa tanda sempadan di dalam atau di atas tanah itu dan boleh menggali mana-mana tanah bagi maksud menempatkan tanda sempadan itu dan boleh menebang dan mengalihkan apa-apa kayu atau tumbuhan lain yang boleh menghalang apa-apa garis ukur atau apa-apa sempadan dengan menyebabkan seberapa sedikit kerosakan yang mungkin kepadanya:
Dengan syarat bahawa tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh mengecualikan juruukur berlesen atau pembantunya itu daripada liabiliti bagi apa-apa kerosakan yang disebabkan olehnya dalam menjalankan kuasa yang diberikan oleh subseksyen ini.
Bagi maksud mendapatkan data bagi suatu ukur hakmilik, yang pelan ukur bagi ukur hakmilik itu hendaklah diserah simpan dengan Jabatan Ukur Kerajaan, seseorang juruukur tanah berlesen boleh pada bila-bila masa yang munasabah dibenarkan untuk memeriksa peta dan pelan Jabatan Juruukur yang berkenaan dan untuk mengambil salinan apa-apa maklumat daripadanya sebagaimana yang dikehendaki olehnya tanpa pembayaran fi carian, tetapi dia tidak boleh mengambil apa-apa peta dan pelan itu daripada jagaan jabatan dan dia hendaklah bertanggungan secara kewangan bagi apa-apa kerosakan yang disebabkan olehnya kepada peta dan pelan itu semasa peta dan pelan itu berada di bawah kawalannya.
14
Undang-Undang Malaysia