Skip to content
In forceUpdated to 1 Mar 2014Read it in English

16. Pembetulan kesilapan

Feedback & support
(1)

Ketua Pengarah Ukur atau mana-mana juruukur Kerajaan yang diberi kuasa sedemikian olehnya boleh pada bila-bila masa menjalankan apa-apa pemeriksaan luar dan pejabat terhadap kerja ukur hakmilik seseorang juruukur tanah berlesen sebagaimana yang difikirkannya patut.

(2)

Ketua Pengarah Ukur atau pegawai lain yang diberi kuasa olehnya untuk meluluskan pelan ukur, boleh melalui notis secara bertulis, mengarahkan mana-mana juruukur tanah berlesen untuk membetulkan atas perbelanjaannya sendiri dalam masa yang dinyatakan dalam notis itu apa-apa kesilapan yang dibuat olehnya:

Dengan syarat bahawa notis itu dihantar tidak lebih daripada dua belas bulan selepas tarikh pelan ukur yang berkenaan itu disimpan dengan Jabatan Ukur sebagaimana yang diperuntukkan dalam seksyen 14.

Juruukur Tanah Berlesen 15

(3)

Sekiranya juruukur tanah berlesen itu enggan atau abai dalam masa yang dinyatakan untuk membetulkan kesilapan itu adalah sah bagi Ketua Pengarah Ukur untuk menjalankan pembetulan itu melalui jabatan dan untuk mendapatkan balik keseluruhan kos pembetulan itu daripada juruukur tanah berlesen yang berkenaan.

(4)

Jika juruukur tanah berlesen itu enggan atau abai untuk membayar balik kos pembetulan kerja ukur yang disebut dalam subseksyen (3) dalam masa empat belas hari dari penerimaan penyata kos Ketua Pengarah Ukur boleh melaporkan fakta itu kepada

Lembaga bagi tindakan tatatertib, dan selepas siasatan yang sewajarnya Lembaga boleh memerintahkan supaya juruukur tanah berlesen itu untuk membayar kos pembetulan bagi kerjanya atau untuk membayar kepada pelanggannya apa-apa jumlah wang sebagai pampasan sebagaimana yang difikirkan patut oleh Lembaga; dan jika juruukur tanah berlesen itu enggan atau abai untuk mematuhi perintah itu dalam masa satu bulan dari tarikh keputusan itu Lembaga boleh, tertakluk pada seksyen 18, menggantung juruukur tanah berlesen itu daripada menjalankan amalan sebagai juruukur tanah berlesen sehingga kos pembetulan kerja ukur itu telah dibayar, atau bagi suatu tempoh yang tidak melebihi tiga tahun.

Report