Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012 · Updated to 1 Aug 2022 · Bahagian V · Penukaran Kepada Perkongsian Liabiliti Terhad
30. Penukaran daripada syarikat persendirian kepada perkongsian liabiliti terhad
Feedback & supportSesuatu syarikat persendirian boleh bertukar kepada perkongsian liabiliti terhad jika dan hanya jika—
tiada kepentingan sekuriti dalam asetnya yang wujud atau berkuat kuasa pada masa permohonan itu; dan
pekongsi perkongsian liabiliti terhad itu yang kepadanya syarikat persendirian itu akan ditukarkan terdiri daripada semua pemegang syer syarikat persendirian itu dan tiada orang lain.
Dalam Bahagian ini, “bertukar”, berhubung dengan syarikat persendirian yang bertukar kepada perkongsian liabiliti terhad, ertinya suatu pemindahan hakmilik harta, kepentingan, hak, keistimewaan,
34 Undang-Undang Malaysia AKTA 743
liabiliti, obligasi dan perusahaan syarikat persendirian itu kepada perkongsian liabiliti terhad.