Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012 · Updated to 1 Aug 2022 · Bahagian V · Penukaran Kepada Perkongsian Liabiliti Terhad
37. Kontrak sedia ada, dsb
Feedback & supportSemua surat ikatan, kontrak, skim, bon, perjanjian, permohonan, surat cara dan perkiraan yang wujud sebaik sebelum tarikh pendaftaran yang berhubungan dengan perkongsian konvensional atau syarikat persendirian, atau yang baginya perkongsian konvensional atau syarikat persendirian itu ialah suatu pihak, hendaklah terus berkuat kuasa pada dan selepas tarikh itu seolah-olah ia berhubungan dengan perkongsian liabiliti terhad dan boleh dikuatkuasakan oleh atau terhadap perkongsian liabiliti terhad itu seolah-olah perkongsian liabiliti terhad itu dinamakan dalamnya atau menjadi suatu pihak baginya dan bukannya perkongsian konvensional atau syarikat persendirian itu.