Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012 · Updated to 1 Aug 2022 · Bahagian V · Penukaran Kepada Perkongsian Liabiliti Terhad
41. Liabiliti dan obligasi pekongsi sebelum penukaran
Feedback & supportWalau apa pun seksyen 33 hingga 39, tiap-tiap pekongsi perkongsian konvensional yang telah bertukar kepada suatu perkongsian liabiliti terhad hendaklah terus-menerus bertanggungan sendiri, bersesama dan berasingan dengan perkongsian liabiliti terhad itu, bagi liabiliti dan obligasi perkongsian konvensional itu yang ditanggung sebelum penukaran itu atau yang berbangkit daripada mana-mana kontrak yang dibuat sebelum penukaran itu.
Jika mana-mana pekongsi sedemikian menunaikan apa-apa
40 Undang-Undang Malaysia AKTA 743
liabiliti atau obligasi yang disebut dalam subseksyen (1), pekongsi itu adalah berhak, tertakluk pada apa-apa perjanjian dengan perkongsian liabiliti terhad yang berlawanan, untuk ditanggung rugi sepenuhnya oleh perkongsian liabiliti terhad itu berkenaan dengan liabiliti atau obligasi itu.