Skip to content
In forceUpdated to 1 Aug 2022Read it in English

Bahagian V · Penukaran Kepada Perkongsian Liabiliti Terhad

42. Notis penukaran dalam invois dan surat-menyurat

Feedback & support
(1)

Perkongsian liabiliti terhad hendaklah memastikan bahawa bagi tempoh dua belas bulan yang bermula dari empat belas hari selepas tarikh pendaftaran, tiap-tiap invois atau surat-menyurat rasmi perkongsian liabiliti terhad itu terdapat padanya yang berikut:

(a)

suatu pernyataan bahawa perkongsian liabiliti terhad itu, dari tarikh pendaftaran, ditukarkan daripada perkongsian konvensional atau syarikat persendirian, mengikut mana-mana yang berkenaan, kepada perkongsian liabiliti terhad;

dan

(b)

nama dan nombor pendaftaran, jika terpakai, bagi perkongsian konvensional atau syarikat persendirian itu yang daripadanya perkongsian liabiliti terhad itu ditukarkan.

(2)

Sesuatu perkongsian liabiliti terhad yang tidak mematuhi subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit dan, dalam hal kesalahan berterusan, didenda selanjutnya tidak melebihi lima ratus ringgit bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas disabitkan.

Report

Bahagian VI

Perkongsian Liabiliti Terhad Asing

Bahagian VII

Penggulungan, Pembubaran dan Pemotongan

Bahagian X

Bahagian X (setakat yang peruntukan itu berhubungan dengan syarikat berhad menurut syer) *Akta Syarikat 1965

Bahagian VIII

Bahagian IX

Schedules