Skip to content
In forceUpdated to 1 Aug 2022Read it in English

Bahagian V · Penukaran Kepada Perkongsian Liabiliti Terhad

43. Buku statutori, daftar, rekod sedia ada, dsb

Feedback & support
(1)

Semua buku statutori, daftar dan rekod lain yang dikehendaki untuk disenggarakan atau disimpan oleh syarikat persendirian di bawah *Akta Syarikat 1965 hendaklah dipindahkan hakmilik kepada perkongsian liabiliti terhad itu dan disimpan di pejabat berdaftarnya bagi tempoh tujuh tahun dari tarikh pendaftaran.



*CATATAN—Akta Syarikat 1965 [Akta 125] telah dimansuhkan oleh Akta Syarikat 2016 [Akta 777]

m.b.p. 31 Januari 2017―lihat subseksyen 620(1) Akta Syarikat 2016.

Perkongsian Liabiliti Terhad 41

(2)

Sesuatu perkongsian liabiliti terhad dan tiap-tiap pekongsi perkongsian liabiliti terhad itu yang tidak mematuhi subseksyen (1)

melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit dan, dalam hal kesalahan berterusan, didenda selanjutnya tidak melebihi lima ratus ringgit bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas disabitkan.

Report

Bahagian VI

Perkongsian Liabiliti Terhad Asing

Bahagian VII

Penggulungan, Pembubaran dan Pemotongan

Bahagian X

Bahagian X (setakat yang peruntukan itu berhubungan dengan syarikat berhad menurut syer) *Akta Syarikat 1965

Bahagian VIII

Bahagian IX

Schedules