Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012 · Updated to 1 Aug 2022 · Bahagian V · Penukaran Kepada Perkongsian Liabiliti Terhad
32. Pendaftaran penukaran
Feedback & supportApabila diterima pernyataan daripada perkongsian konvensional atau syarikat persendirian di bawah seksyen 31,
*CATATAN—Akta Syarikat 1965 [Akta 125] telah dimansuhkan oleh Akta Syarikat 2016 [Akta 777]
m.b.p. 31 Januari 2017―lihat subseksyen 620(1) Akta Syarikat 2016.
36 Undang-Undang Malaysia AKTA 743
Pendaftar boleh, tertakluk pada peruntukan Akta ini, mendaftarkan perkongsian liabiliti terhad itu dan mengeluarkan suatu notis pendaftaran dalam apa-apa bentuk yang ditentukan oleh Pendaftar yang menyatakan bahawa perkongsian liabiliti terhad itu adalah, pada dan dari tarikh yang dinyatakan dalam notis itu, didaftarkan di bawah
Akta ini.
Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh ditafsirkan sebagai menghendaki Pendaftar untuk mendaftarkan sesuatu perkongsian liabiliti terhad jika Pendaftar tidak berpuas hati dengan butir-butir atau maklumat lain yang diberikan di bawah peruntukan Akta ini.