Skip to content
In forceUpdated to 1 Dec 2012Read it in English

Bahagian IX

75. Kuasa untuk memasuki dan mencuci rumah atau bangunan

Feedback & support
(1)

Pegawai Kesihatan, atau mana-mana pegawai yang diberi kuasa secara bertulis bagi maksud memasuki dan memeriksa semua rumah dan bangunan oleh pihak berkuasa tempatan, boleh memasuki dan memeriksa semua rumah dan bangunan pada bila-bila masa dan boleh dengan suatu perintah bertulis mengarahkan penduduknya menyebabkan dalam tempoh yang dinyatakan dalam perintah itu semua atau mana-mana bahagian daripada rumah dan bangunan itu, di sebelah dalam dan di sebelah luar, dilepa-warna atau disapu kapur

Kerajaan Tempatan 65

atau pun dicuci kerana sebab kebersihan dan, jika perlu, dinyahjangkit dan segala kotoran atau sampah dibuang atau dipungut.

(2)

Jika perintah itu tidak dipatuhi dalam tempoh yang dinyatakan itu, penduduk itu melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya dan didenda tambahan tidak melebihi satu ratus ringgit bagi setiap satu hari selepas sabitan sehingga perintah itu dipatuhi.

(3)

Mana-mana rumah kediaman yang benar-benar ada penduduknya, iaitu bukan suatu rumah penginapan am, tidak boleh dimasuki tanpa memberi enam jam notis terlebih dahulu kepada penduduknya itu, melainkan jika penduduknya itu mengizinkan.

Report

Bahagian X

Perkhidmatan Bomba

Bahagian XI

Tempat Perkuburan, Membakar Mayat dan Mengeluarkan Mayat Dari Kubur

Bahagian XII

Kuasa Tambahan Pihak Berkuasa Tempatan

Bahagian XIII

Undang-Undang Kecil

Bahagian XIV

Pelbagai

Bahagian XV

Kadar dan Nilaian

Bahagian XVI

Peruntukan Khas

Schedules