Skip to content
In forceUpdated to 1 Dec 2012Read it in English

Bahagian IX

76. Memusnahkan tikus

Feedback & support
(1)

Jika Pegawai Kesihatan berpendapat bahawa sesuatu premis adalah dipenuhi oleh sebegitu banyak tikus, burung atau vermin lain hingga mendatangkan bahaya kepada kesihatan orang dalam rumah itu atau kesihatan masyarakat, dia boleh menyampaikan notis kepada pemunya atau penduduk premis itu meminta dia mengambil apa-apa langkah sebagaimana yang difikirkan perlu oleh pihak berkuasa tempatan itu untuk memusnahkan tikus, burung atau vermin lain itu dan untuk menghapuskan tempat pembiakannya dan untuk mencegahnya daripada berada semula.

(2)

Mana-mana pemunya atau penduduk yang tidak mematuhi notis itu dalam tempoh tujuh hari dari penyampaiannya melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya dan didenda tambahan tidak melebihi satu ratus ringgit bagi setiap satu hari kerja itu tidak dijalankan selepas sabitan, dan pihak berkuasa tempatan itu boleh mengambil milik premis itu dan mengambil apa-apa langkah sebagaimana yang difikirkannya perlu untuk melaksanakan maksud seksyen ini.

66 Undang-Undang Malaysia AKTA 171

Report

Bahagian X

Perkhidmatan Bomba

Bahagian XI

Tempat Perkuburan, Membakar Mayat dan Mengeluarkan Mayat Dari Kubur

Bahagian XII

Kuasa Tambahan Pihak Berkuasa Tempatan

Bahagian XIII

Undang-Undang Kecil

Bahagian XIV

Pelbagai

Bahagian XV

Kadar dan Nilaian

Bahagian XVI

Peruntukan Khas

Schedules