Skip to content
In forceUpdated to 1 Dec 2012Read it in English

Bahagian IX

81. Kacau ganggu yang tindakan secara terus boleh diambil atasnya di bawah Akta ini

Feedback & support

Bagi maksud Akta ini, tindakan boleh diambil secara terus di bawah Akta ini atas perkara yang berikut:

(a)

mana-mana premis atau mana-mana bahagiannya dari sesuatu binaan atau dalam sesuatu keadaan yang boleh menjadi suatu kacau ganggu;

(b)

apa-apa binatang yang disimpan dalam sesuatu tempat atau dengan sesuatu cara atau dengan sebegitu besar bilangannya hingga menjadi suatu kacau ganggu;

(c)

apa-apa timbunan atau letakan yang mana suatu kacau ganggu atau mungkin menjadi suatu tempat pembiakan bagi nyamuk atau lalat atau apa-apa vermin;

Kerajaan Tempatan 69

(d)

apa-apa kilang, bengkel atau tempat kerja yang sebegitu penuh sesak semasa kerja dijalankan hingga menjadi suatu kacau ganggu;

(e)

apa-apa pondok atau bangsal, sama ada digunakan sebagai tempat kediaman atau sebagai kandang kuda atau bagi apa-apa maksud lain, yang mana suatu kacau ganggu, oleh sebab cara bagaimana pondok atau bangsal itu terkumpul atau tidak adanya saliran atau tidak praktiknya dijalankan kerja pembersihan jalan atau oleh apa-apa sebab lain;

(f)

mana-mana limbah atau longkang yang air darinya digunakan atau mungkin digunakan oleh manusia untuk maksud minuman atau rumah tangga atau untuk mengilang minuman bagi kegunaan manusia dan yang adalah sebegitu kotor hingga menjadi atau mungkin menjadi suatu kacau ganggu;

(g)

mana-mana tangki, telaga, limbah, alur air, longkang atau tanah paya yang mendatangkan bencana kepada kesihatan atau mendatangkan gangguan kepada kawasan sekitarnya atau yang mungkin menjadi suatu tempat pembiakan bagi nyamuk;

(h)

mana-mana tempat api atau relau dan mana-mana cerobong yang mengeluarkan asap atau benda lain boleh dibakar tetapi belum habis terbakar dengan sebegitu banyak hingga menjadi suatu kacau ganggu;

(i)

mana-mana lombong tanah bata, lombong pasir atau apa-apa jenis korokan lain yang mendatangkan bencana kepada kesihatan atau gangguan kepada kawasan sekitarnya atau yang digunakan bagi apa-apa maksud yang mungkin menjadi suatu kacau ganggu;

(j)

apa-apa debu atau effluvia yang disebabkan oleh apa-apa tred, perniagaan, pengilangan atau proses yang mendatangkan mudarat kepada kesihatan atau gangguan kepada kawasan sekitarnya; dan 70 Undang-Undang Malaysia AKTA 171

(k)

apa-apa benda lain yang diisytiharkan oleh Pihak Berkuasa

Negeri sebagai suatu kacau ganggu.

Report

Bahagian X

Perkhidmatan Bomba

Bahagian XI

Tempat Perkuburan, Membakar Mayat dan Mengeluarkan Mayat Dari Kubur

Bahagian XII

Kuasa Tambahan Pihak Berkuasa Tempatan

Bahagian XIII

Undang-Undang Kecil

Bahagian XIV

Pelbagai

Bahagian XV

Kadar dan Nilaian

Bahagian XVI

Peruntukan Khas

Schedules