Akta Kerajaan Tempatan 1976 · Updated to 1 Dec 2012 · Bahagian IX
80. Kacau ganggu hendaklah dihapuskan
Feedback & supportPihak berkuasa tempatan hendaklah mengambil langkah bagi memberhentikan, memusnahkan dan menghapuskan segala kacau ganggu daripada jenis awam dalam kawasan pihak berkuasa tempatan itu pada premis awam atau persendirian dan boleh mengambil tindakan undang-undang terhadap seseorang yang melakukan mana-mana kacau ganggu itu bagi menghapuskannya dan juga bagi mendapatkan ganti rugi.