Skip to content
In forceUpdated to 1 Dec 2012Read it in English

Bahagian IX

83. Perintah untuk meruntuhkan rumah yang tidak layak untuk kediaman

Feedback & support
(1)

Jika sesuatu perintah penutupan telah dibuat berkenaan dengan sesuatu rumah kediaman dan pihak berkuasa tempatan berpendapat bahawa jika rumah kediaman itu masih lagi wujud ia akan mendatangkan bahaya atau bencana kepada kesihatan awam atau penduduk rumah kediaman yang berjiranan, pihak berkuasa tempatan boleh membuat suatu aduan kepada Mahkamah Majistret, dan mahkamah itu, selepas mendengar aduan itu, boleh membuat suatu perintah terus ke atas pemunya rumah kediaman itu supaya rumah kediaman itu diruntuhkan dalam tempoh yang dinyatakan dalam perintah itu.

(2)

Seseorang yang tidak mematuhi perintah terus itu melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ringgit bagi setiap satu hari selama tempoh perintah terus itu tidak dipatuhi.

(3)

Jika seseorang tidak mematuhi peruntukan sesuatu perintah terus, pihak berkuasa tempatan boleh melaksanakan perintah itu dan boleh menuntut kos bagi kerja itu daripada pemunya rumah kediaman yang berkenaan itu.

Kuasa untuk mengambil tindakan jika sebab kacau ganggu terbit di luar kawasan pihak berkuasa tempatan

Report

Bahagian X

Perkhidmatan Bomba

Bahagian XI

Tempat Perkuburan, Membakar Mayat dan Mengeluarkan Mayat Dari Kubur

Bahagian XII

Kuasa Tambahan Pihak Berkuasa Tempatan

Bahagian XIII

Undang-Undang Kecil

Bahagian XIV

Pelbagai

Bahagian XV

Kadar dan Nilaian

Bahagian XVI

Peruntukan Khas

Schedules