Akta Kerajaan Tempatan 1976 · Updated to 1 Dec 2012 · Bahagian IX
79. Bila rumah disifatkan sebagai “penuh sesak”
Feedback & supportBagi maksud Akta ini, sesebuah rumah hendaklah disifatkan sebagai sebegitu penuh sesak hingga mendatangkan bahaya atau mudarat kepada kesihatan penduduknya jika rumah itu atau mana-mana bilik di dalamnya didapati diduduki lebih daripada kadar seorang dewasa bagi tiap-tiap tiga ratus lima puluh kaki padu luang dalam bersih dan dalam pengiraan itu tiap-tiap orang berumur lebih daripada sepuluh tahun hendaklah disifatkan sebagai seorang dewasa dan dua orang kanak-kanak berumur tidak lebih daripada sepuluh tahun hendaklah dikira sebagai seorang dewasa.