Seksyen 137
Notis prosiding penggulungan oleh orang selain Perbadanan
of Akta Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 2011
ActIn forceProvision 154 of 179
Seksyen 137
Jika suatu petisyen bagi penggulungan suatu anggota penanggung insurans dikemukakan oleh seorang selain Perbadanan, orang itu—
(a)
hendaklah memberi Perbadanan notis mengenai semua prosiding yang berhubungan dengan petisyen itu, termasuklah prosiding di bawah seksyen 492, 493, 494, 502
dan 510 dan subseksyen 486(2) Akta Syarikat 2016; dan
(b)
hendaklah menyerahkan kepada Perbadanan salinan dokumen dan rekod yang berhubungan dengan prosiding pada masa yang sama ia diserah simpan dengan Mahkamah
Tinggi atau disampaikan kepada mana-mana pihak kepada prosiding itu.