Skip to content

Seksyen 136

Penggulungan anggota penanggung insurans atas permohonan oleh orang selain Perbadanan

of Akta Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 2011

ActIn forceProvision 153 of 179
Seksyen 136

Jika suatu petisyen bagi penggulungan suatu anggota penanggung insurans dikemukakan oleh seseorang selain Perbadanan,

Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 167

Perbadanan hendaklah menjadi pihak kepada prosiding penggulungan itu dan—

(a)

orang itu hendaklah menyerahkan suatu salinan petisyen itu kepada Perbadanan pada masa yang sama ia dikemukakan;

(b)

Perbadanan berhak untuk hadir dan didengar dalam semua prosiding yang berhubungan dengan petisyen itu dan untuk memanggil, memeriksa dan memeriksa balas mana-mana saksi; dan

(c)

Perbadanan, jika difikirkannya patut, boleh menyokong atau menentang petisyen itu.