Seksyen 142B
Keutamaan pembayaran dalam penggulungan syarikat insurans
of Akta Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 2011
Dalam penggulungan syarikat insurans, aset suatu kumpulan wang insurans hendaklah digunakan untuk menunaikan liabilitinya kepada pemunya polisi dan penuntut di bawah polisi kumpulan wang itu dan liabiliti ini hendaklah mempunyai keutamaan atas liabiliti tidak bercagar kumpulan wang itu, selain hutang keutamaan yang dinyatakan dalam subseksyen 527(1) Akta
Syarikat 2016 dan hutang yang kena dibayar dan tuntutan terhutang kepada Kerajaan di bawah seksyen 10 Akta Prosiding Kerajaan 1956, setakat yang ia dikadarkan kepada kumpulan wang insurans.
(2)
Tertakluk pada subseksyen (1)—
Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 171
(a)
aset suatu kumpulan wang insurans yang ditubuhkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 hendaklah digunakan pertamanya untuk menunaikan liabiliti kumpulan wang itu;
(b)
jika aset suatu kumpulan wang insurans, selain suatu kumpulan wang hayat yang berhubungan dengan polisi hayat sertaan, melebihi liabilitinya, lebihan aset itu boleh digunakan untuk menunaikan liabiliti kumpulan wang insuransnya yang lain yang tidak mencukupi dan sekiranya lebihan aset bagi dua atau lebih kumpulan wang insurans digunakan, lebihan aset itu hendaklah digunakan mengikut kadar atas amaun lebihan itu dan sekiranya lebihan aset itu digunakan untuk menunaikan liabiliti dua atau lebih kumpulan wang insurans yang tidak mencukupi, lebihan aset itu hendaklah digunakan mengikut kadar amaun yang tidak mencukupi itu;
(c)
apa-apa ketidakcukupan yang masih ada selepas penggunaan aset kumpulan wang insurans di bawah perenggan (a) dan (b) hendaklah ditunaikan daripada aset kumpulan wang pemegang syer, dan liabiliti yang tidak dipenuhi kepada pemunya polisi dan penuntut di bawah suatu polisi hendaklah mempunyai keutamaan atas liabiliti tidak bercagar yang lain selain hutang keutamaan yang dinyatakan di bawah subseksyen 527(1) Akta Syarikat 2016
dan hutang yang kena dibayar dan tuntutan terhutang kepada Kerajaan di bawah seksyen 10 Akta Prosiding
Kerajaan 1956; dan
(d)
apa-apa aset lain yang dipegang oleh syarikat insurans itu, termasuk lebihan aset dalam suatu kumpulan wang hayat yang berhubungan dengan polisi hayat sertaan, hendaklah digunakan dengan cara sebagaimana yang ditetapkan oleh
Perbadanan.
172
Undang-Undang Malaysia