Seksyen 142C
Penilaian aset dan liabiliti suatu pengendali takaful atau syarikat insurans
of Akta Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 2011
Dalam penggulungan pengendali takaful, termasuk bekas anggota penanggung insurans yang keanggotaannya telah dibatalkan di bawah seksyen 38 atau ditamatkan di bawah seksyen 39 dan sama ada kumpulan wang pemegang syernya atau mana-mana kumpulan wang takaful yang diuruskan olehnya tidak solven atau tidak, nilai aset dan liabiliti kumpulan wang pemegang syer dan kumpulan wang takaful itu, termasuk liabiliti berkenaan dengan sijil takaful, hendaklah dipastikan atas asas sebagaimana yang ditentukan oleh Perbadanan dan undang-undang yang berhubungan dengan kebankrapan atau ketidaksolvenan tidak terpakai bagi penilaian liabiliti itu.
(2)
Dalam penggulungan apa-apa syarikat insurans, termasuk bekas anggota penanggung insurans yang keanggotaannya telah dibatalkan di bawah seksyen 38 atau ditamatkan di bawah seksyen 39 dan sama ada ia tidak solven atau tidak, nilai aset dan liabilitinya, termasuk liabiliti berkenaan dengan polisi, hendaklah dipastikan atas apa-apa asas sebagaimana yang ditentukan oleh Perbadanan dan undang-undang yang berhubungan dengan kebankrapan atau ketidaksolvenan tidak terpakai bagi penilaian liabiliti itu.