Skip to content
In forceUpdated to 21 Jul 2023Read it in English

86. Pemberitahuan oleh Perbadanan

Feedback & support
(1)

Perbadanan hendaklah, dengan secepat yang dapat dilaksanakan, selepas pemfailan suatu petisyen penggulungan terhadap suatu anggota penanggung insurans, memberitahu pemunya sijil atau pemunya polisi perkara yang berikut:

(a)

tarikh yang ditetapkan untuk mendengar petisyen itu;

(b)

tempoh masa untuk memfailkan dengan Perbadanan tuntutan berkenaan dengan manfaat takaful keluarga atau

116

Undang-Undang Malaysia polisi hayat dilindungi berdasarkan risiko kejadian yang telah berlaku atau berlaku sebelum tarikh perintah penggulungan;

(c)

tempoh masa untuk memfailkan dengan Perbadanan tuntutan berkenaan dengan manfaat takaful am ataupolisi am dilindungi berdasarkan risiko kejadian yang telah berlaku atau berlaku sebelum tarikh sijil takaful atau polisi itu terhenti berkuat kuasa; dan

(d)

apa-apa maklumat berkaitan yang lain yang ditentukan oleh

Perbadanan.

(2)

Pemberitahuan yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah dibuat melalui pos biasa yang dihantar ke alamat pemunya sijil atau pemunya polisi yang terakhir ditunjukkan dalam rekod anggota penanggung insurans dan melalui iklan dalam sekurang-kurangnya dua akhbar harian yang disiarkan di Malaysia, salah satu daripadanya hendaklah dalam bahasa kebangsaan.

Report

Bahagian VI

Pemeriksaan Institusi Anggota

Bahagian VII

Tindakan Oleh Perbadanan

Bahagian II

Bahagian II Jadual Kedua Belas kepada Akta Syarikat 2016, pelikuidasi pengendali takaful yang menjalankan perniagaan takaful keluarga—

Bahagian II

Bahagian II Jadual Kedua Belas kepada Akta Syarikat 2016, pelikuidasi syarikat insurans yang menjalankan perniagaan hayat—

Bahagian VIII

Perlindungan Penstabilan

Bahagian IX

Kuasa Berhubung Dengan Aset yang Diperoleh Oleh Perbadanan

Bahagian X

Kesalahan

Bahagian XI

Peruntukan Am

Bahagian XII

Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

Schedules